BE GPT • Additional Knowledge

Mario Hon

Mario Hon

Makin Berusaha, Makin Bertuah

RCCA Mario Hon (Bekas Pengurus Pemasaran Bank)

Mario ialah jejaka yang mempunyai perancangan. Sesiapa sahaja yang berbual dengannya akan langsung terpegun dengan dorongan dan fokus yang tidak berbelah bagi untuk mencapai matlamatnya. Apa yang lebih mengagumkan ialah matlamatnya telah diidamkan sejak zaman kanak-kanaknya.

Pelan A - mendaki tangga korporat

Mario dan keluarganya tidak berupaya untuk memiliki rumah mereka sendiri. Selama bertahun-tahun, mereka tinggal di rumah neneknya. Ketika Mario berusia 22 tahun, demi membekalkan masa depan yang lebih baik buat anak tersayang, ibunya membulatkan hati untuk bekerja di Sweden. Perpisahan dengan ibunya menjadi pendorong utama kepada rancangan dan matlamat Mario untuk memperoleh pendapatan yang lumayan agar ibunya dapat kembali ke Malaysia dan tinggal bersamanya di rumah mereka sendiri. Memanjat tangga korporat ialah cara untuk mencapai cita-citanya. Jadi, setelah menamatkan pengajian pada usia 21 tahun, beliau mula bekerja sebagai pegawai di sebuah bank antarabangsa. Dalam masa 5 tahun, beliau menjadi pengurus pemasaran. "Gaji bersih terakhir saya adalah sekitar RM2700. Kenaikan gaji terlalu sedikit. Saya sedia maklum bahawa saya tidak dapat mencapai matlamat saya dengan mendaki tangga korporat dan terpaksa mencari jalan lain," katanya.

Pelan B - MLM untuk memecutkan kejayaan

Ketika Mario terlibat dalam perniagaan MLM 10 tahun yang lalu, kawan dan saudara mara menghindarinya. Pada mulanya, beliau berasa malu dan menyangka bahawa dirinya telah melakukan kesilapan kerana menyertai MLM. Keadaan ini berubah setelah beliau menyaksikan bagaimana seorang "makcik biasa" yang hanya erti berbahasa Kantonis berjaya dalam MLM. Beliau berfikir, "Mengapa saya harus malu dengan MLM? Saya sebaliknya harus malu dengan 'kemiskinan' saya tiada kereta, tiada rumah."

Mario terus "menjunamkan diri" ke dalam perniagaannya, mengorbankan semua aktiviti masa luangnya untuk berjumpa dengan prospek dan mengembangkan rangkaiannya. "MLM menawarkan kerjaya terbaik dalam abad ini. Anda berusaha selama 3 hingga 5 tahun untuk mencapai apa yang biasanya memakan masa 30 hingga 50 tahun untuk dicapai. Memandangkan MLM adalah mengenai duplikasi, ia membina pendapatan pasif dan berterusan. Itulah sebabnya saya bekerja keras untuk beberapa tahun pertama. Saya melepaskan kesemua aktiviti masa lapang saya tetapi sekarang, saya menikmati apa yang saya taburkan."

Pelan BE - Kongsi kejayaan

"Rancangan saya sekarang adalah untuk membantu lebih ramai orang memperoleh kembali kesihatan dan kecantikan, dan mengubah kehidupan mereka. Saya mempercayai pengasas BE dan barisan upline saya, dan saya yakin dapat mencapai kejayaan di BE," tegasnya.

Berfokus dan bertekad, Mario berusaha dengan pantas. "Saya terbang ke merata tempat untuk mengadakan home party," katanya. "Ada kalanya saya bangun dan lupa di mana saya berada. Sekiranya seseorang memberitahu anda bahawa anda dapat menjana pendapatan yang baik dan menikmati kebebasan masa dengan segera dalam perniagaan MLM, orang tersebut berbohong."

"Tidak, anda harus berusaha keras tetapi itu hanya pada peringkat awal, dan anda akan melihat hasilnya dalam 1-2 tahun. Saya membuat sekurang-kurangnya 6-7 janji setiap hari dan memanfaatkan kumpulan tertutup dalam talian dan FB Live untuk membina momentum pasukan."

Hari ini, Mario menikmati kebebasan masa dan membuat pelaburan untuk pendapatan yang lebih pasif. Tidak perlu risau lagi tentang hutang. Adakah keberuntungan memainkan peranan dalam kejayaannya? Beliau menjawab, "Semakin keras anda bekerja, semakin beruntung kehidupan anda."