RCCA Adibah Azhari & Maizahar Azri Masri
Tajuk: Tidak perlu tunggu pandai, buat sahaja sampai pandai
Pemimpin: RCCA Adibah Azhari & Maizahar Azri Masri
Latar Belakang: Bekas Penyelidik Mikrobiologi / Suri Rumah & Ketua Pegawai Kewangan
Kandungan
Kejayaan Adibah Azhari, atau lebih mesra disapa sebagai Kak Dib bersama suaminya, Maizahar Azri Masri, atau Bro M, yang telah berjaya menempa nama sebagai RCCA yang ke-58 di BE International sememangnya cukup membanggakan dan wajar dijadikan sumber inspirasi.
Biarpun agak 'lewat' dan bermula sebagai projek keluarga semasa pandemik COVID-19, pasangan yang dikurniakan tiga orang cahaya mata ini nekad menceburi bidang yang asing bagi mereka. Kak Dib ujar:
"Bagi kami, kejayaan yang diraih hari ini bukan sekadar memenuhi impian, tetapi kami sedar bahawa terdapat misi dan tanggungjawab yang lebih besar perlu dilaksanakan."
Tiada Istilah Terlambat Untuk Berjaya
Pasangan duo ini bertemu ketika menuntut ilmu di Australia. Kak Dib, yang mempunyai latar belakang dalam bidang mikrobiologi, pernah bertugas sebagai penyelidik sebelum berkeluarga. Suaminya pula merupakan pemegang dwi ijazah dalam bidang perdagangan dan undang-undang, pernah berkhidmat sebagai akauntan bertauliah di beberapa syarikat multinasional (MNC). Beliau membuat keputusan untuk bersara awal selepas berkhidmat hampir 30 tahun, kini menumpukan masa pada perniagaan mereka sambil menikmati kebebasan masa yang didambakan.
"Selepas berkahwin, kami menetap di beberapa negara seperti Australia, Thailand, dan Indonesia mengikut suami bertugas. Namun takdir mengubah segalanya. Setelah lebih 20 tahun dan kesemua anak-anak sudah masuk universiti, Kak Dib kembali mengejar impian untuk menjadi usahawan yang sudah lama terpendam, dan bergelar RCCA pada usia 53 tahun," — Kak Dib
Baginya, semua orang tanpa mengira usia, latar belakang atau status berpeluang mencipta kejayaan di BE asalkan mereka rajin belajar dan berusaha keras. Usia bukan penghalang untuk seseorang mengejar impian.
"Satu perkara yang kami suka tentang BE ialah kita boleh bermula dari mana-mana peringkat. Kita tidak perlu tunggu pandai untuk buat BE, kita buat sahaja sampai pandai, dengan mengikuti Sistem Pendidikan BE dan bimbingan uplines," — Kak Dib
Misi Dan Tanggungjawab Yang Lebih Besar
Bermula dengan penggunaan AULORA Pants with KODENSHI® sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami iaitu slipped disc, sakit lutut dan kecederaan ligamen, telah bertukar menjadi peluang keemasan. "Rasa bagai dilahirkan semula, Kak Dib akhirnya pulih dan kembali mengecapi kesihatan seperti sediakala," ujarnya. Dengan perasaan syukur dan teruja terhadap kehebatan produk AULORA, Kak Dib terus berkongsi pengalaman dengan keluarga dan sahabat handai. Pada mulanya, Kak Dib tidak begitu memahami cara yang betul, tetapi dengan bimbingan uplines dan Sistem Pendidikan BE yang mudah, mereka lakukan sehingga berjaya dalam masa yang singkat! "Tidak perlu merasa takut atau segan kerana kita berkongsi pengalaman sendiri serta ilmu dengan ikhlas untuk membantu orang lain sihat dan berjaya," tambahnya.
Tidak hanya berhenti di situ, pasangan ini sedar akan tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada mereka.
"Dalam Islam, berniaga merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia. Ia bukan sahaja dianggap sebagai ibadah, tetapi juga sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, kita juga dituntut untuk menyampaikan kebaikan kepada orang ramai. Apabila kita mengetahui sesuatu yang bermanfaat, kita perlu berkongsi. Jadi BE boleh diibaratkan sebagai ladang pahala kerana 'sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain' (Hadis Riwayat Imam Ahmad)," — Kak Dib
"Bayangkan barakah yang kita peroleh apabila membantu ramai orang menjadi lebih sihat, dan lebih penting lagi, membantu mereka untuk beribadah dengan sempurna seperti biasa, di samping meningkatkan kualiti hidup dan kewangan mereka," — Kak Dib
Mencapai Kejayaan Bersama
Salah satu keunikan di BE adalah fleksibilitinya.
"Jika kita bekerja biasa, kita mungkin memperoleh kebebasan kewangan. Namun, di BE, kita bukan hanya menikmati kebebasan tersebut, tetapi juga kebebasan masa yang membolehkan kita mengecapi kehidupan yang lebih bermakna. Budaya di BE sangat positif serta menyokong setiap orang untuk menjadi versi terbaik diri mereka demi merealisasikan impian. Namun tiada gunanya kita memiliki semua itu jika kita tidak sihat. Kami bersyukur dan seronok dalam perniagaan ini kerana kita berada di dalam suasana yang menyihatkan dan boleh berbakti membantu ramai orang lain mencapai kesihatan dan kejayaan," — Bro M
Mengambil pesanan yang dititipkan oleh Pengasas BE, Ir. Lee Suet Sen dan Puan Ho Huey Chuin, mereka menekankan kepentingan "mengikut resmi padi, makin berisi, makin menunduk", serta mengukuhkan budaya "berbakti dan menyumbang kembali" yang tersemat utuh dalam jiwa mereka.
"Kejayaan sebenar ialah kejayaan yang dikongsi bersama. Kami, bersama adik, RCCA Munirah Azma and Nazran, mencapai pangkat RCCA pada bulan yang sama, diikuti oleh RCCA Nurhasnah Mazalan dan Mohd Rinaldi Hamdi pada bulan yang berikutnya. Rangkaian kami terdiri daripada individu dari pelbagai latar belakang, termasuk lebih seribu orang dari bidang perubatan, yang telah berjaya membina rangkaian dan ramai yang lain juga telah mengecapi dana kereta serta dana rumah. Alhamdulillah, tahun lepas Kak Dib bersama 25 orang dari rangkaian kami dapat menunaikan haji dengan pakej premium hasil rezeki penuh barakah. Menunaikan haji adalah satu peluang istimewa untuk orang yang mampu dari segi kesihatan, kewangan dan masa. Kami amat bersyukur, pendapatan lumayan dari BE juga membolehkan kami untuk membayar cukai dan zakat pendapatan; demi pembangunan ummah dan negara," — Kak Dib & Bro M
Keputusan mereka keluar dari zon selesa untuk menyahut cabaran di BE bukanlah sesuatu yang mudah, banyak rintangan yang perlu diharungi.
"Namun, kita perlu yakin bahawa kejayaan pasti akan tiba. Yang penting, berani berimpian dengan niat yang ikhlas, percaya kepada Sistem, dan berjuang untuk merebut peluang keemasan di BE International," — Kak Dib & Bro M