RCCA Afrohah
Petikan: "Orang Yang Pertama Perlu Percaya Terhadap Diri Kita Sendiri, Adalah Diri Kita Sendiri"
Profil:
Nama: RCCA Afrohah Abd Hamid & Mohd Nasir Che Embee
Peranan: Suri rumah & Pakar Keselamatan Siber
Pengenalan: Daripada menjadi seorang suri rumah sehingga mencapai gelaran berprestij di BE International, perjalanan kehidupan RCCA Afrohah adalah ibarat pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
Mengukir Kejayaan dalam Dunia MLM! Di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan sekatan pergerakan yang meruncing pada tahun 2020, Afrohah memutuskan untuk meneroka peluang perniagaan. Terinspirasi oleh rakan baik yang mencadangkan agar beliau menceburi bidang perniagaan dengan BE International, beliau terus tertarik dengan komitmen BE dalam meningkatkan kesihatan masyarakat.
Dibimbing oleh mentor beliau, RCCA Farhana dan RCCA Khairul Naim, Afrohah memulakan perjalannya sebagai seorang usahawan. "Segalanya bermula dengan sesi Zoom yang sangat menarik perhatian saya terhadap perniagaan dengan BE, dan keesokan harinya, saya segera menghubungi rakan-rakan saya. Hanya dalam tempoh dua minggu, saya berhasil mencapai status Ambassador!" ujarnya dengan bangga.
Afrohah menekankan, "Sistem BE yang telus dan pelan pemasaran yang unik membezakannya daripada MLM tradisional yang lain." Selepas tiga tahun terlibat dalam industri MLM, beliau kini menikmati kerjaya yang fleksibel, pendapatan yang stabil, serta gaya hidup yang bebas tekanan tanpa menjejaskan kestabilan kewangannya.
Rahmat yang Tersembunyi Pada tahun 2016, takdir mengubah kehidupan Afrohah dan keluarganya apabila mereka memutuskan untuk berhijrah ke Melbourne, Australia, mengikuti suaminya yang mendapat pekerjaan baru di sana. Perubahan ini memaksanya untuk bersara awal daripada kerjayanya sebagai seorang Pegawai IT yang cemerlang, beliau menjalani peranan baru sebagai seorang suri rumah, membesarkan 6 orang anaknya. Ini adalah perubahan yang drastik daripada kerjaya profesionalnya sebelum ini, tetapi beliau menerima perubahan ini dengan hati terbuka. "Saya selalu bercita-cita untuk memiliki 'kerjaya' yang dapat mengimbangkan tuntutan kerja dan kehidupan yang lebih baik," katanya.
Walau bagaimanapun, nasib menyimpan lebih banyak kejutan untuk Afrohah. Pada Disember 2019, beliau mengenali tentang AULORA Pants with KODENSHI® selepas diperkenalkan oleh RCCA Azlina Wati, produk hebat yang membantu mengurangkan kesakitan ligamen lutut yang dialaminya selama satu dekad, ianya telah membawa harapan dan keselesaan yang baru. "Saya ragu-ragu pada awalnya, tetapi selepas tiga hari memakainya, sakit saya hilang!" serunya dengan gembira. Afrohah mula melihat potensi AULORA Pants tanpa menyangka peluang besar yang menantinya.
Rangkaian Didahulukan - Merapatkan Jurang Dua Benua "Untuk mencapai kedudukan yang saya ada sekarang memerlukan pengorbanan. Saya sentiasa aktif dan hadir dalam setiap seminar dan acara, sama ada yang berbayar atau percuma; dan komitmen saya kekal utuh. Setiap dua bulan, saya akan terbang pulang ke KL untuk menyertai pelbagai program dan bertemu dengan rangkaian saya. Ia adalah rahmat yang tidak ternilai, bukan sahaja membolehkan saya membina kerjaya dalam BE tetapi juga memberi peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan saudara-mara di Malaysia. Sesekali, saya menerbangkan ibu saya ke Melbourne untuk tinggal bersama kami. Tanpa usaha keras dan dedikasi kerjaya saya dalam BE International, semua ini tidak akan menjadi kenyataan," kata Afrohah.
Dengan tekad yang kukuh, Afrohah terus mendedikasikan dirinya untuk membantu orang ramai sambil dengan yakin berkata, "Saya perlu terus kuat, kerana saya berjanji untuk membantu mereka yang memerlukan." Afrohah sangat menghargai pesanan Pengasas BE, Puan Ho Huey Chuin, yang pernah berpesan kepadanya, "Sekarang, BE telah membentuk anda, supaya anda dapat membentuk orang lain."
Dalam usahanya menguruskan rangkaian di Australia dan Malaysia, Afrohah juga menerapkan falsafah ini pada rangkaiannya.
Nasihat & Seruan Bertindak: "Jika kita ingin mencapai kejayaan, kita harus memberikan bantuan kepada orang lain," ujarnya dengan tegas. "Rangkaian saya sentiasa didahulukan; mereka sentiasa berada di barisan hadapan. Saya tidak mengutamakan keuntungan peribadi atau pengiktirafan, tetapi lebih mengutamakan kejayaan mereka di bawah kami. Biarkan mereka untuk berkembang terlebih dahulu, dan kejayaan akan datang dengan sendirinya."