RCCA Cheah Seng Yee
Tajuk Utama: Percaya dan anda akan menerima pulangan
Profil: RCCA Cheah Seng Yee & Eddy Yiap | Juruukur bahan / Kontraktor
Pada tahun 2009, RCCA Seng Yee berpindah ke Miri disebabkan kerja. Selepas berkahwin dan memulakan keluarga, beliau meluangkan semua masa terluangnya untuk anak-anak dan suaminya. Disebabkan komitmen yang tinggi, beliau tidak dapat melawat keluarga dan rakannya di kampung dengan kerap.
"Ketika saudara-mara Eddy, RCCA Chin Yin dan Rex, memperkenalkan BE kepada kami, saya telah membeli sepasang Aulora Pants untuk ibu saya, yang mengalami vena varikos. Beliau mula menunjukkan peningkatan setelah memakainya selama 10 hari, dan sakit belakang saya juga berkurangan setelah memakainya selama 2 minggu!"
Peningkatan ini, dan keinginannya yang kuat untuk menikmati fleksibiliti masa, mendorong Seng Yee untuk memperhatikan suara dalamannya untuk mencuba perniagaan BE.
Pada mulanya, Seng Yee menghadapi banyak cabaran besar. "Seorang introvert, saya tidak mempunyai rangkaian kenalan yang besar. Saya tidak mampu bertutur dengan baik. Saya takut menghampiri orang yang tidak dikenali. Saya menghadapi banyak penolakan yang tidak menggalakkan. Saya berasa kesunyian dan bersalah kerana melakukan perjalanan ke luar negeri dan meninggalkan anak-anak dan suami saya di rumah."
Tetapi beliau menguatkan dirinya dan fokus pada matlamatnya. "Saya terus mengingatkan diri mengapa saya perlu berjaya. Saya belajar bagaimana mendapat kawan baharu, meluangkan masa yang banyak menyiapkan dan melatih perkongsian saya. Saya memberitahu diri bahawa saya mesti menjadi pemimpin yang menjadi contoh teladan. Dan saya akan menunjukkan kepada anak-anak saya bahawa ibu mereka tidak mudah mengalah."
Bersyukur, beliau mempunyai seorang penyokong terbaik untuk membantunya.
Selaku seorang kontraktor yang berjaya dan pemilik beberapa syarikat pembinaan SME, Eddy menyokong penuh penglibatan Seng Yee dalam BE. Walaupun jadualnya sibuk di tapak kerja, Eddy akan membantu Seng Yee, misalnya, berkongsi mengenai penjagaan kesihatan, sesuatu yang tidak biasa dilakukannya. "Saya berasa tidak senang berkongsi dengan orang lain tetapi BE mempunyai sistem yang sangat baik yang membantu kami memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Sebenarnya, BE telah mengajar saya bagaimana menjalankan perniagaan konvensional saya dengan lebih berkesan, iaitu untuk memupuk pemimpin dan menggandakan kepemimpinan. Sekiranya tidak, andalah yang akan membuat semua perkara dan mengehadkan kemajuan diri anda."
Sepanjang tempoh cubaan ini, Eddy amat kagum bagaimana perniagaan BE masih dapat berkembang pesat. "Saya amat bersyukur kerana Seng Yee telah menemui platform perniagaan yang luar biasa ini. Saya bangga dengan peningkatan dalam pemikiran dan kematangannya."
"Semasa saya memanjat tangga korporat, masa tidak pernah cukup untuk ibu yang bekerja seperti saya. Kini, saya mempunyai kefleksibelan untuk mengunjungi kampung halaman sekerap yang saya mahukan. Dan kehidupan kami sekarang kurang tertekan," kata Seng Yee.
"Wanita moden harus berdikari, dan berusaha mencari peluang untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan membina kerjaya yang berjaya. Saya memilih untuk berjuang berdampingan dengan suami saya, berlangkah serentak. Disebabkan BE, kami pasti akan menjalani kehidupan yang indah dan memuaskan!"
Anda juga boleh berimpian besar! Percaya dan anda akan menerimanya!