BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Chong Chee Ann / Tan Lee Eng

RCCA Chong Chee Ann / Tan Lee Eng

Berbuat Baik Dan Mencapai Kejayaan

RCCA Chong Chee Ann / Tan Lee Eng

Sekali pandang, anda akan menyangka Chee Ann ini lelaki yang serius dan pendiam. Tetapi sebaik sahaja dia bersuara, anda akan kagum melihat betapa yakin, persuasif dan berkarismanya beliau.

Kisahnya juga akan membuatkan anda kagum. Pada usia 30 tahun, beliau sudah menjadi jutawan. Tidak, beliau bukan menang judi. Menurut beliau, ia hasil "keputusan yang saya buat."

"Tahun Jeda" Yang Mengubah Hidupnya

Ibu bapa Chee Ann ialah petani yang mahu anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang lebih baik. "Saya mempunyai 3 adik-beradik dan kami semuanya graduan universiti tempatan. Ibu bapa saya bekerja keras untuk membiayai pendidikan kami."

Bagaimanapun, setelah Chee Ann menamatkan pengajian daripada UTM, beliau bercadang untuk meluangkan masa setahun bagi meneruskan kerjaya dalam industri MLM. Sebagai anak yang taat, Chee Ann berhasrat menjadi jurutera R&D yang berjaya supaya beliau dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada ibu bapanya, tetapi beliau terfikir jika MLM dapat mempercepat kejayaannya, mengapa tidak mencubanya?

Berbeza dengan Chee Ann, isterinya, Lee Eng tidak mengambil tahun jeda——beliau berhenti kolej separuh jalan dan menyertai industri MLM pada usia 18 tahun!

19 Tahun Dalam MLM Dan Semakin Hebat

2019 merupakan ulang tahun ke-19 Chee Ann dan Lee Eng terlibat dalam MLM.

"Perniagaan MLM telah memberi kami peluang untuk belajar dan memperbaiki diri secara berterusan, tidak kira betapa berjaya pun kami. Sambil kami menyelesaikan masalah downline, kami juga dapat berkembang. Apabila kami semakin kuat, downline kami juga semakin berusaha," kata Chee Ann. "Kita memang biasa menggunakan gelaran 'upline', tetapi di BE, kami memanggil upline sebagai tuan guru. Ini kerana MLM adalah perjalanan pembelajaran sepanjang hayat."

Walaupun mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya mereka, pasangan itu tidak berehat kerana mereka mempunyai misi untuk membantu orang lain. "MLM adalah cara terbaik untuk mengukuhkan status kewangan kita, tetapi yang paling penting adalah tidak mementingkan diri untuk mencapai matlamat sendiri dan membantu orang lain mencapai impian mereka," katanya.

"Tidak kira betapa berjaya pun kami, di BE, saya terinspirasi untuk terus belajar dan mempelajari perkara-perkara baharu. Saya pernah terfikir MLM adalah cara untuk membantu memperbaiki kehidupan keluarga saya, untuk membantu rakan-rakan dan sesiapa pun. Tetapi di BE, impian saya semakin besar kerana platform di sini membolehkan saya untuk menjangkau orang yang saya tidak kenali, orang dari pelbagai negara, daripada etnik dan agama yang berbeza."

Chee Ann mendedahkan janji BE, "Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Yang Abadi" merupakan motivasinya untuk terus maju. "Saya tidak menyangka saya masih banyak potensi dan saya kagum bagaimana kita dapat membantu ramai orang."

Kehidupan Bukan Takdir; Anda Boleh Menciptakannya

Sekiranya kehidupan adalah takdir, mungkin kini Chee Ann merupakan jurutera kanan R&D, mungkin sedang menunggu kenaikan pangkat.

Bagaimanapun, memetik kata-kata daripada buku kegemarannya, "Liao-Fan's Four Lessons"《了凡四訓》, Chee Ann berkata kehidupan harus berdasarkan empat pelajaran ini:

Belajar untuk mencipta takdir

Mencari jalan untuk membuat perubahan

Melakukan yang baik

Merendah hati

Ini adalah pelajaran yang beliau praktikkan untuk memperkayakan hidupnya dan menjangkau lebih jauh daripada jangkaannya.

"Saya akan berusaha untuk terus berbuat baik dan mencapai kejayaan (BE good, do well). Ini adalah kerja rumah seumur hidup saya," kata Chee Ann.