BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Christine Chew

RCCA Christine Chew

Petikan: "Mama-Usahawan Membina Jaring Keselamatannya Sendiri!"

Nama & Gelaran: RCCA Christine Chew (Suri rumah)

Pengenalan: Christine ingatkan ia memiliki segalanya — kehidupan yang santai dan selesa berserta perkahwinan yang bahagia dan 2 orang anak yang comel. Namun pada suatu hari, sesuatu telah berlaku dan menyedarkannya bahawa ia boleh kehilangan kehidupannya yang ideal dan bahagia dalam sekelip mata. Christine sedar bahawa ia harus melakukan sesuatu untuk melindungi kebahagiaannya.

Sebelum - Bahagia dan Memuaskan: Setelah bekerja di industri perbankan selama 5 tahun, Christine meletakkan jawatan dan menjadi suri rumah sepenuh masa. "Saya amat bernasib baik. Saya terjamin dari segi kewangan, dan dapat memanjakan diri dengan membeli-belah, menikmati teh petang bersama kawan dan lawatan keluarga ke luar negara beberapa kali dalam setahun," katanya.

Kehidupan indah yang dicemburui banyak orang, sehinggalah suatu hari, apabila suaminya dikejarkan ke hospital dan menghabiskan lebih dari 10 hari di ICU. "Saya panik dan runsing bagaimana saya harus menguruskan kehidupan saya dan keluarga jika keadaan menjadi buruk," Christine mengenang.

"Kesihatan suami saya amat baik kini, tetapi insiden tersebut sangat mengejutkan saya. Ini menyebabkan saya berfikir semula bagaimana saya dapat melindungi keluarga saya dan menjamin kebahagiaan saya."

Selepas - Bercita-cita tinggi:

Sejak menyedari realiti kehidupan dirinya, Christine terus mencari peluang perniagaan. Jadi, apabila beliau menemui BE, beliau tertarik langsung setelah melihat rakannya berubah melalui perniagaan tersebut. "Saya belum lagi mencuba produk BE pun," beliau ketawa.

"Saya banyak membaca, dan banyak guru juga mengatakan bahawa jualan langsung ialah masa depan, jadi saya amat memahami potensi jualan langsung. Apabila BE masuk ke dalam hidup saya, saya percaya ia 'ditakdirkan' kerana saya memang sedang mencari-cari sesuatu untuk bermula. Inilah hukum tarikan!"

Memulakan kerjaya BE adalah amat mencabar kerana beliau langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang jualan langsung, dan tidak dapat membaca sebahagian besar maklumat kerana ia dalam bahasa Cina. Tambahan pula, beliau tidak bekerja selama sembilan tahun dan berasa terbeban dengan cabaran. "Tetapi saya amat bernasib baik kerana mempunyai mentor dan upline untuk membimbing saya, dan suami yang menyokong saya," katanya.

Kini - Seorang mama-usahawan yang memberi inspirasi:

Seorang wanita sederhana tanpa tujuan hidup tertentu kerana beliau sedia menikmati kehidupan yang baik, Christine telah berubah menjadi seorang ibu yang memberikan inspirasi, yang menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia — kehidupan yang seimbang antara keluarga dan kerjaya. Inilah kebahagiaan sejati yang dijamin dengan baik, yang tidak akan tergoncang oleh tragedi kehidupan yang tidak dijangka.

"Wahai wanita, kita mesti ingat bahawa keluarga dan anak-anak bukannya beban kita. Mereka ialah motivasi kita untuk membina kerjaya kita, untuk melindungi diri dan orang yang kita sayangi dari ribut kehidupan. Ambillah contoh wabak coronavirus. Ia memberi kesan buruk kepada kehidupan banyak orang. Bagaimana jika zon selesa anda terancam? Bagaimana jika jaringan keselamatan yang diberikan oleh suami anda tiba-tiba hilang? Bolehkah anda menghadapinya?"

Christine kemudian menunjukkan bahawa jualan langsung sebagai trend masa depan dan mendesak wanita untuk mempertimbangkan secara serius perniagaan ini untuk membina jaringan keselamatan mereka sendiri.

"Wanita, percayalah pada diri sendiri. Fikir, dan bertindak. Jangan biarkan rasa takut atau tidak selamat menghentikan anda. Anda perlu melindungi kebahagiaan anda dengan kerjaya yang berjaya!"