RCCA Chua Tee Khoon / Lee Mee Sen
Jangan Lupa Mengapa Anda Memulakannya, Misi Anda Akan Tercapai
RCCA Chua Tee Khoon / Lee Mee Sen
Sekiranya anda pernah menyaksikan ucapan bersemangat Tee Khoon di mana-mana acara BE, terutamanya pada Konvensyen BE 2019, BE The Legend, anda mungkin sukar mempercayai bahawa RCCA berkarisma ini dulunya adalah seorang yang tegas dan pendiam. Beliau pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, dan memegang tali pinggang hitam peringkat 2 Dan dalam Taekwondo serta memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Pembinaan. Perniagaan MLM telah mengubah dirinya.
Di BE The Legend, Tee Khoon bertanya kepada hadirin dalam bahasa Melayu yang fasih, "Kenapa kita belajar bersungguh-sungguh?" dan dengan segera menjawab soalannya sendiri, "Kerana kita inginkan kerjaya yang lebih baik, kehidupan yang lebih baik!" Ini adalah aspirasinya semasa beliau memulakan kehidupan selepas tamat pengajian.
"Saya mempunyai banyak pilihan kerjaya. Saya boleh menjadi pensyarah atau jurulatih taekwondo, meneruskan apa jua kerjaya pilihan saya atau terus berkhidmat dalam tentera laut. Sebaliknya, saya memilih industri MLM," katanya sambil ketawa. Beliau sangat menghargai uplinenya, RCCA Chong Chee Ann dan Tan Lee Eng yang telah membuka mindanya terhadap perniagaan MLM.
18 Tahun Dalam Perniagaan MLM
Selepas berada dalam perniagaan MLM selama lebih 18 tahun, Tee Khoon percaya MLM adalah untuk semua orang, tanpa mengira latar belakang dan pendidikan selagi mereka "percaya dan tetap percaya". Ini, menurut beliau, adalah kunci kejayaan.
Dengan kunci kejayaan ini, beliau kini memperoleh pendapatan yang lumayan, mempunyai kerjaya yang menguntungkan dan kehidupan yang mewah. Isterinya, Michelle Lee, seorang pakar pemakanan graduan Universiti Malaysia Sabah adalah anti-MLM tetapi 13 tahun lalu, beliau mula yakin dan sejak itu, beliau bekerjasama dengan Tee Khoon. Mereka telah menempuh banyak kesukaran bersama-sama tetapi kesukaran inilah yang telah membawa mereka ke puncak yang lebih tinggi.
Kerjaya Yang Hebat
8 Ogos 2017 menandakan peristiwa penting dan titik perubahan dalam perjalanan MLM mereka.
"Ini adalah hari BE secara rasminya diasaskan oleh para pemimpin hebat yang ingin membawa kesan positif dan mampan terhadap masyarakat. Ia bukan hanya untuk menjadikan kehidupan lebih baik, tetapi menjadikan dunia ini lebih hebat. Jauh lebih hebat," katanya.
Tee Khoon mengakui bahawa pada permulaan perjalanan MLMnya, beliau hanya ingin meraih kejayaan material disebabkan beliau membesar dalam serba kekurangan. "Tetapi platform MLM yang betul mengajar saya untuk tidak mengejar kekayaan material, tetapi kekayaan rohani melalui tubuh dan minda yang sihat, hati yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri, dan nilai-nilai yang baik," jelasnya.
Dalam dua tahun yang lalu, kerjaya Tee Khoon dan Michelle telah melonjak ke tahap yang tidak pernah dibayangkan. Di BE mereka menyaksikan pertumbuhan pesat kerjaya mereka, dan melihat potensi penggandaan yang besar. Mereka berjaya menjangkau kepada puluhan ribu orang di seluruh dunia, membantu satu sama lain untuk hidup dengan luar biasa.
Jadilah Jenis Pertama
Tee Khoon mengatakan terdapat tiga jenis orang:
Orang yang percaya tanpa melihat
Orang yang melihat baru percaya
Orang yang memilih untuk tidak percaya walaupun mereka telah melihat
"Keajaiban berlaku kepada mereka yang belum melihat, tetapi percaya. BE International bermula dengan kepercayaan. Dan di sinilah kita sekarang, menuai hasil titik peluh dan kepercayaan kita, sambil menyebarkan benih kebahagiaan di seluruh dunia," katanya.
"Sentiasa dukung prinsip 3H – Honesty (Jujur), Humble (Rendah Hati) dan Hardworking (Kerja keras) dalam perjalanan BE anda. Hidup adalah tentang menikmati perkara yang anda lakukan, dan itulah yang saya lakukan untuk hidup!"
"Dan, jangan pernah lupa mengapa anda memulakannya, dengan itu misi anda akan tercapai."