BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Diana Kiu & Tommy

RCCA Diana Kiu & Tommy

Petikan: "Ia bukan sekadar perniagaan, ia BE"

Profil:

Nama: RCCA Diana Khiu Shi Er & Tommy Loi Teck Chew

Peranan: Ahli perniagaan

Pengenalan: RCCA Diana and Tommy telah mencuba pelbagai cara dalam perjalanan kerjaya mereka。 Daripada kerja 9 ke 5 sehinggalah memulakan perniagaan sendiri, menjadi ejen hartanah, malahan beberapa percubaan MLM。 Akhirnya, mereka bertemu BE。 Sekarang, Diana dengan yakin berkata, "Jika anda rasa BE cuma sekadar sebuah perniagaan jualan langsung, anda salah, kerana apabila di dalam perniagaan BE, anda akan lihat bahawa penjualan langsung adalah BE dan BE adalah penjualan langsung。"

Pencarian Kerjaya yang Sesuai Diana mempunyai ijazah dalam bidang muzik tetapi beliau belum pernah bekerja dalam bidang itu。 "Saya tidak mahu duduk di dalam sebuah bilik dan mengajar cara bermain piano jadi saya telah mencuba pelbagai pekerjaan," kongsi Diana。

Semasa Diana menjumpai BE, beliau meneliti produk dan pelan pemasarannya。 "Saya telah mencuba beberapa perniagaan MLM, jadi keutamaan saya adalah kualiti produk dan pelan pemasaran。" Saya sangat gembira apabila mengetahui tentang pelan pemasaran BE - ia sangat mudah untuk dilaksanakan di mana saya mendapat kembali wang yang digunakan untuk membeli Aulora Pants pertama dalam masa sebulan。 Malah, saya memperoleh lebih banyak dengan hanya berkongsi keberkesanan produk tersebut。

Tommy mengakui yang dia sangat skeptikal tentang penglibatan Diana kerana menganggap penjualan langsung sebagai 'perniagaan wanita'。 "Tetapi persepsi saya berubah setelah menghadiri seminar oleh upline RCCA Chua Tee Khoon。 Saya mempelajari lebih tentang sistem BE malahan menggalakkan Diana untuk mendalaminya。 Kemudian, setelah mendalami pelan pemasaran syarikat, saya bertekad untuk mengambil serius perniagaan itu。"

Kegembiraan Perubahan

Perkara paling menggembirakan bagi pasangan ini ialah apabila melihat pasukan mereka berkembang dan bertambah baik。 "Kami sangat bertuah dapat berjumpa orang yang berfikiran sama dalam menjalankan perniagaan ini。 Sekarang saya lebih yakin, belajar untuk mengambil berat tentang orang lain, mengawal emosi saya, berfikir sebelum berkata-kata dan saya lebih berfikiran positif," kata Diana。

Tommy menyambung, "Kini, kami melakukan sesuatu dengan niat dan perspektif yang berbeza。 Kami cuba melakukan apa yang boleh memberi faedah kepada semua。 Kami paling gembira apabila melihat downline berubah, bukan saja kesihatan dan kualiti hidup mereka, malah pemikiran dan sikap mereka juga。 Ini mendorong kami untuk terus maju。"

Pemimpin yang Mengotakan Janji

"Perkara terbaik tentang BE ialah pemimpin di sini menunaikan janji-janji mereka," Tommy berkata。 "Mereka benar-benar memenuhi janji mereka tentang 'Beyond Inspiring Minds, Touching Lives for Eternity'。 Sebelum wabak melanda pada tahun 2020, BE sudah pun mula beroperasi dalam talian。 Ini mengingatkan saya tentang apa yang dikatakan oleh pengasas 'Kami tidak akan mengecewakan anda'。 Di BE, pengasas dan pemimpin memang menunjukkan teladan dan mengotakan janji mereka。"

Nasihat & Seruan Bertindak:

Pasangan itu menyimpulkan bahawa: "Masa terbaik untuk memulakan Kerjaya BE anda ialah sekarang。 Hanya percaya, ikut, dan anda akan menerima pulangannya。"