RCCA Doris Goh
Nama: RCCA Doris Goh
Kerjaya Terdahulu: Setiausaha Bertauliah
Motto: Terus melonjak ke pencapaian yang lebih tinggi!
Kandungan Utama: RCCA Doris senantiasa seorang pelajar yang berminat dan tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memperbaik dirinya. Baginya, hidup terlalu singkat untuk disia-siakan. "Tidak kira apakah usia anda, cuba segala-galanya dan sahut cabaran baharu," beliau menggesa. "Saya percaya kemajuan hanya mungkin dengan cabaran dan usia bukan faktor penentu untuk mencapai kemuncak kehidupan kita."
Kerjaya yang Berjaya
Doris memiliki 4 syarikat selama 42 tahun yang menyediakan perkhidmatan kewangan sehenti, termasuk perkhidmatan cukai, audit, kesetiausahaan syarikat dan perakaunan. Beliau juga terlibat dalam insurans selama 25 tahun, malah menerima anugerah MDRT (Million Dollar Round Table) selama 10 tahun berturut-turut.
Seorang yang bersemangat dan bercita-cita tinggi, Doris tidak pernah berhenti berusaha keras untuk mencapai kecemerlangan dalam semua yang dilakukannya. Baginya, "berputus asa" bukanlah satu pilihan dan tiada yang mustahil. Disebabkan keperibadiannya yang bertekad kuat, beliau amat cemerlang dalam apa sahaja yang diceburinya, termasuk jualan langsung, yang hanya diceburinya pada kemudian hari.
"Hari ini, orang menyanjungi gaya hidup fizikal-rohani yang sihat dan seimbang, ditambah dengan keseimbangan keluarga dan kerja. BE sangat sesuai untuk ini. Saya dikagumi oleh model perniagaan dan ideanya, serta budaya hati-ke-hatinya. Saya yakin bahawa saya mampu mencatat pencapaian baharu dan melonjak ke tahap yang lebih tinggi dengan BE."
Menyumbang Kembali Kepada Masyarakat
Berkongsi daripada pengalamannya, Doris telah mengharungi tiga krisis kewangan dan melihat kesan krisis itu terhadap orang ramai. Kehidupan sesetengah orang terjejas teruk, malah ada yang berakhir dengan keretakan hubungan kekeluargaan.
"Pengasas BE adalah inspirasi saya. Walaupun berjaya dan kaya, mereka tetap aktif seperti biasa. Mereka terus menolong orang, memberikan bimbingan dan inspirasi yang diperlukan untuk berjaya, menunjukkan kepada orang bagaimana membina warisan. BE ialah peluang yang sangat diperlukan hari ini. Perniagaan BE memberi peluang kepada saya untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menolong lebih banyak orang menjadi pemimpin, membina kerjaya mereka, menikmati hidup yang sihat dan bahagia."
Ganjaran terbesar yang diperoleh Doris dari perniagaan BE memperbaik dirinya dan menjadi seorang yang sabar. "Saya seorang bos yang tidak sabar yang menekankan keputusan dan kepantasan. Selalunya, saya terlalu menekan keluarga dan kakitangan kerana ketidaksabaran saya. BE telah mengajar saya untuk meletakkan diri saya di situasi orang lain. Di BE, saya belajar melakukan sesuatu pada kadar yang selesa tetapi produktif."
"Seperti kata pepatah Cina, kami memperoleh kebahagiaan daripada membantu orang. BE ialah perniagaan yang membantu orang ramai mendapat semula kesihatan, kecantikan dan keyakinan, perniagaan yang membantu orang lain membina kerjaya yang berjaya dan mencapai kekayaan. Lebih ramai orang yang kita bantu untuk berjaya, lebih berjayalah kita. Perniagaan sebegini tidak akan pernah pupus. Ia senantiasa menjadi trend mega. Jadi, tunggu apa lagi? Merebut peluang ini. Ingat, di BE, anda tidak pernah terlalu muda atau terlalu tua untuk berjaya!"
Here is the extracted text from the new PDFs (RCCA Lai Kee Vui & Lee Wan Sian), formatted without publication headers, image captions, or section numbering: