RCCA Elva Kit
Petikan: "Pemandangan terbaik muncul selepas pendakian paling sukar"
Nama & Gelaran:
RCCA Elva Lo & Kit Han (Bekas AVP Jualan Media / Jurutera Perisian)
Pengenalan: Dari pemasaran penjualan hingga pemasaran berangkaian, dari mereka perisian hingga mereka laluan kejayaan orang, RCCA Elva dan Kit dengan berani melakukan perubahan dan kini warga BE yang bangga menjalankan perniagaan rangkaian yang berkembang pesat dengan lebih daripada 20 ribu ahli di seluruh dunia.
Peralihan: Pekerjaan terakhir Elva adalah di sebuah syarikat penyiaran terkenal. Dalam masa 8 tahun, beliau dipromosikan daripada eksekutif jualan media menjadi AVP, memimpin jabatan jualan media dan bekerja dengan banyak selebriti TVB serta pelanggan berprofil tinggi seperti Digi dan Samsung.
"Tetapi dua bulan setelah mengusahakan BE, saya memutuskan untuk berhenti dan bekerja sepenuh masa di BE," kata Elva. "Bos saya menasihatkan saya untuk kekal di syarikat lama, tetapi saya tegas dengan keputusan saya kerana saya sudah memperoleh ganjaran melebihi jangkaan saya ketika saya menjalankan perniagaan secara sambilan. Bagaimana jika saya menggunakan 100% masa dan usaha?!"
Sebagai seorang yang bersifat analitik, Kit mengkaji kemungkinan dan pertumbuhan eksponen pemasaran jaringan. BE International ditubuhkan di Malaysia tiga tahun yang lalu, dan sudah bersedia untuk menjadi global ketika itu. "Kami selalu mendengar orang ingin bersara ketika berusia 40 atau 50 tahun. Pada hakikatnya, berapa ramai yang boleh melakukannya? Malah seorang MD atau CEO tidak boleh melakukannya tetapi perintis dan pemimpin dalam jualan langsung boleh!" kata Elva.
Kit terus berhujah, "Industri MLM berkembang setiap tahun, dan akan terus berkembang seiring dengan kemajuan sains kesihatan, teknologi digital dan peningkatan kesedaran kesihatan orang ramai. Kami yakin pada masa depan, pemasaran rangkaian akan menjadi perkara besar yang seterusnya. Kami tidak mahu ketinggalan semua ini," kata pasangan itu.
"MENGAPA" Yang Terbesar: Pasangan ini mempunyai banyak alasan untuk berpegang pada kerjaya BE mereka. Arwah ayah Elva ialah salah satu sebab utama.
"Ayah saya meninggal dunia pada tahun 2012 disebabkan barah. Pemergiannya bak suatu seruan kebangkitan yang memberikan inspirasi kepada kami untuk berjuang gigih dalam kehidupan, untuk terus membantu orang di sekeliling kami, agar semua orang dapat menikmati yang terbaik dalam kehidupan, dan bersedia untuk menghadapi segala dugaan hidup. Hakikatnya, kami membeli banglo pertama kami tahun ini, walaupun ketika pandemik," luahan Elva beria-ia.
BE Menghidupkan Kehidupan Kita: Bagi pasangan ini, BE bukan sekadar kerjaya tetapi saluran untuk mencapai dan mengubah kehidupan orang lain, dan menjalani kehidupan sepenuhnya.
"Sebelum ini, saya merancang dan menganjurkan anugerah TVB untuk selebriti. Kini di BE, kami diiktiraf dan diraikan di pentas, seperti selebriti sebenar! Juga, kami mempunyai peluang luar biasa untuk merakam sebuah video muzik dengan pengasas dan rakan-rakan RCCA kami!" Elva berkata.
2020 bukannya sebuah tahun yang baik bagi ramai orang. "Ramai yang bergelut dengan kehidupan untuk mencari nafkah disebabkan wabak ini. Kami berterima kasih kepada BE, platform yang membolehkan kami membawa harapan dan kegembiraan kepada orang di sekeliling kami. Kami akan terus memupuk lebih ramai untuk menjadi CCA dan RCCA kerana menolong orang lain berjaya ialah kegembiraan terbesar kami!"
Pasangan ini menyimpul: "Membina impian anda, atau seseorang akan mengupah anda untuk membina impiannya. Ya, memang sukar pada awalnya tetapi ingat, pemandangan terbaik muncul setelah pendakian yang paling sukar!"