RCCA Farah Liza
Petikan: "Jangan biarkan rasa puas hati menghambat pertumbuhan"
Profil:
Nama: Liza Jiwat
Peranan: Pemilik butik fesyen
Pengenalan: RCCA Liza merupakan anak tunggal dan menjadi yatim piatu ketika berusia 19 tahun. Seorang yang rajin, berazam dan bersemangat, beliau senantiasa mencabar dirinya untuk menceburi bidang usaha baharu dan mencari pertumbuhan serta kejayaan. Menjadi RCCA hanyalah permulaan usaha seterusnya untuk memenuhi impiannya yang belum tercapai lagi.
Pertumbuhan Berterusan dengan BE Liza mula bekerja selepas tamat STPM dalam pentadbiran. Selepas 4 tahun, beliau beralih kepada jualan.
"Saya menjalankan jualan dalam industri perbankan, kereta dan lain-lain tetapi penat mengejar sasaran jualan selepas beberapa ketika. Jadi, pada awal tahun 2015, saya membuka sebuah butik dengan wang simpanan saya. Setahun kemudian, saya mengembangkan perniagaan butik saya dengan menjadi stokis untuk suatu jenama pakaian dalam dan korset Hong Kong, menguruskan lebih 80 orang ejen."
Senantiasa bersedia untuk cabaran baharu, Liza segera menyahut perniagaan BE apabila beliau diperkenalkan kepadanya. "Saya percaya bahawa jualan langsung ialah platform yang baik untuk pertumbuhan berterusan kerana kami senantiasa mempunyai pengalaman dan kemahiran yang kami perolehi sepanjang perjalanan."
Seperti mana-mana perniagaan, sudah tentu ada cabaran dalam BE. "Tetapi tidak ada yang besar-besar sebenarnya. Anda hanya perlu berurusan dengannya secara tabah. Setiap kali apabila saya berasa rangsangan terlampau dan sukar ditangani, saya hanya mendengar muzik untuk tenangkan diri."
Berbincang mengenai pengalaman bertahun-tahun bekerja dalam pelbagai bidang, Liza berkata bahawa beliau tidak pernah melihat mana-mana peluang perniagaan seperti BE, di mana sesiapa sahaja boleh berjaya. "Seorang kawan lama saya yang merupakan seorang OKU mampu menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan BE. Kisahnya benar-benar luar biasa dan tidak dapat dilupakan. Hanya ada satu strategi untuk berjaya di BE, iaitu ikut sistem BE. Anda tidak perlu membuat strategi anda sendiri. Hanya fokus pada sistem BE dan ikuti dengan sepenuh hati."
Liza mengakui bahawa beliau adalah orang yang tidak pernah sabar dan tidak suka mengikuti orang. "Apabila saya membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan BE dengan serius, saya sedar bahawa saya perlu mengatasi kelemahan ini. Saya harus belajar lebih bersabar. Perlahan-lahan, lama-kelamaan, saya menjadi lebih sabar. Saya sebenarnya agak kagum dengan peningkatan diri saya!"
Impian yang Belum Tercapai Liza bermimpi untuk mempunyai lebih banyak masa untuk hobi jahitan silang, sesuatu yang biasa dilakukan bersama arwah ibunya. "Selepas SPM, saya membuat 10 projek jahitan silang yang menampilkan kucing. Tidak disangka-sangka, seseorang membeli salah satu daripadanya dan ibu saya amat bangga dan terharu. Saya bukanlah seorang pelajar cemerlang jadi ibu saya sangat gembira kerana saya telah menemui satu bakat kecil," Farah tersenyum mengenangkan kesyukuran ibunya.
"Dengan kerjaya BE, saya tahu saya akan mempunyai masa untuk menyambung semula hobi ini."
Nasihat & Seruan Bertindak: Liza juga berharap dapat melakukan kerja amal sekerap yang boleh, sama ada dalam bentuk kewangan atau lain-lain. "Sebelum ini, saya tidak dapat melakukan ini tetapi dengan BE, akhirnya saya boleh menyumbang lebih banyak kepada masyarakat."