BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Haslinda Idris

RCCA Haslinda Idris

Petikan: "Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan"

Profil:

Nama: RCCA Haslinda Idris & Mohd Faizal Nashahar

Peranan: Bekas Sr. Arkitek Landskap & Penolong Pengarah Kanan Perkhidmatan Awam

Pengenalan: Bergelar sebagai RCCA di BE International, RCCA Haslinda dan Mohd Faizal telah membuktikan bahawa kejayaan tidak bermula dari atas, segalanya bermula dari bawah. Meskipun berdepan dengan detik-detik sukar, mereka cekal berusaha dan tidak pernah berputus asa hingga ke hari ini.

Tiada Yang Mustahil Selepas pemergian arwah bapa tercinta pada tahun 2008, Haslinda yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa menggalas tanggungjawab yang besar. Ibarat jatuh ditimpa tangga, graduan Sarjana Muda Senibina Landskap (Hons) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini tekad mengejar impian untuk berjaya bagi memastikan keperluan ibu serta adik-beradiknya yang masih di bangku sekolah pada ketika itu mencukupi dan terjamin. Meskipun telah berkhidmat hampir 10 tahun di sebuah syarikat pemaju perumahan di Subang Jaya, Selangor, Haslinda perlu melakukan pekerjaan sampingan bersama suaminya, demi menambah hasil pendapatan keluarga mereka.

Namun, takdir mengatasi segalanya apabila Haslinda diuji dengan kehilangan sumber pendapatan utamanya akibat pandemik COVID-19. Haslinda bersyukur kerana telah memberi peluang kepada dirinya untuk menyertai BE, selepas diperkenalkan oleh ibu saudaranya pada bulan Oktober 2020. "Saya mendaftar sebagai ahli IBO hanya sekadar menyokong ibu saudara sahaja, tetapi, perniagaan BE ini berkembang dengan pantas di luar jangkaan saya," bicara Haslinda. Tanpa diduga, ujian berat ini telah membuka lembaran baru di mana BE menjadi talian hayat yang mengubah kehidupannya.

"Tak malu ke jual seluar, stoking? Tak cukup duit lagi ke sampai buat MLM?" antara ejekan yang pernah diterima olehnya saat mula menceburi dunia MLM. Kini, Haslinda telah berjaya menepis kata-kata ejekan tersebut. Pencapaiannya nyata membuahkan hasil apabila Haslinda mampu meraih pendapatan sehingga mencecah enam angka! Semua ini dapat dicapai hasil kerja kerasnya mengembangkan rangkaian sejak tiga tahun lalu.

BE Sebagai Kerjaya Seumur Hidup Meskipun usahanya telah membuahkan hasil, Haslinda dan Faizal enggan berasa terlalu selesa kerana baginya, banyak lagi yang perlu dipelajari. Tiada rahsia untuk berjaya, sebaliknya ilmu dan bimbingan daripada BE serta mentor adalah kunci kejayaan mereka. "Saya bermula tanpa ada ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang industri MLM, tapi sedar saya memerlukan ilmu untuk berjaya. Sebab itu, saya mengikuti apa sahaja yang diajar dalam sistem pendidikan BE," ujarnya lagi.

"Selain Pelan Pemasaran yang hebat, sistem di BE juga menerapkan budaya kekeluargaan dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Amat sukar untuk saya menemukan syarikat yang kukuh dan stabil, produk yang berkualiti dan unik serta pasukan yang kuat, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain seperti BE International," ulas Haslinda. "Saya tidak melihat kepada keuntungan semata-mata, tetapi saya suka berkongsi 'rezeki' membantu mereka yang ingin keluar dari belenggu kewangan serta mereka yang mahu meningkatkan tahap kesihatan mereka" katanya.

Haslinda juga tidak menyangka hubungan suami isteri yang dibina sejak 16 tahun lalu bertambah erat sejak memulakan perniagaan di BE. Katanya lagi, "Sistem di BE menekankan kepentingan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana ia memberikan kesan hebat bukan sahaja kepada kerjaya, malah institusi kekeluargaan sendiri."

Setiap Manusia Adalah Arkitek Kehidupannya Sendiri Sebagai seorang bekas arkitek landskap yang berpengalaman hampir 15 tahun, Haslinda tidak hanya melukis malah membina kejayaan seperti mana yang diimpikannya. "Jika saya tidak mencuba atau berani menghadapi cabaran, belum pasti kejayaan dapat saya kecapi," ujarnya. Tambahnya lagi, naluri dan hati memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang individu. "Apabila kita membuat perkongsian, kita berkongsi dari hati, sentiasa membantu mereka dan melakukan kebaikan dengan sesungguh kasih dan setulus ikhlas," kata Haslinda.

Sentiasa berpegang teguh dengan pesanan dua orang mentor yang beliau hormati, Pengasas, Presiden & Pengarah Urusan Kumpulan BE International, Ir. Lee Suet Sen pernah berpesan kepadanya, "Hanya hati yang cekal, pasti akan kekal."

Nasihat & Seruan Bertindak: Tambahnya lagi, untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlu menjadi diri sendiri, bak pepatah "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk." Kata-kata hikmat dari Puan Ho Huey Chuin inilah yang dipegang sepanjang perjalanannya melakar kejayaan di BE International. Sekiranya Haslinda tidak membuka hati kepada peluang keemasan yang hadir tiga tahun yang lalu, mungkin beliau tidak dapat menikmati kejayaan yang ada pada hari ini.