BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Janice Tay

RCCA Janice Tay

Tajuk Utama: Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan

Profil: RCCA Janice Tay | Perunding SAP

"Tidak ada apa-apa yang dapat menghalang anda daripada kejayaan, kecuali diri anda. Apabila anda mempunyai pemikiran yang betul, anda tidak akan dapat dihentikan," tegas RCCA Janice Tay.

Janice sedia maklum perkara ini, kerana beliau berucap berasalkan pengalaman. Ketika beliau mula berkongsi tentang seluar Aulora, keadaan seperti memindahkan gunung. "Saya terpaksa memaksa diri untuk melakukan perkongsian pertama saya. Tetapi saya terus meyakinkan diri bahawa saya melakukannya demi menolong orang lain. Seluar Aulora telah membantu meningkatkan kesihatan saya, jadi mengapa saya malu memberitahu orang lain? Saya menerobos pemikiran saya, dan selepas itu, perkongsian menjadi sangat mudah."

Seperti yang dikatakan, semuanya berada dalam fikiran.

Janice seorang Sarjana Muda University West of England dengan kepujian kelas pertama dalam bidang Perakaunan & Kewangan. Selama tujuh tahun, beliau bekerja dalam industri IT sebagai seorang perunding SAP sebelum berpindah ke Singapura untuk bekerja di sebuah syarikat Jerman. Selama setahun, beliau menikmati keseimbangan kerja-kehidupan serta gaji yang lebih tinggi. Tetapi beliau sengsara kerana merindui keluarga dan rakannya di Malaysia.

Beliau teringat akan impian lamanya untuk menjalankan perniagaan sendiri di kampung halamannya agar dapat bersama keluarganya, yang turut menjalankan perniagaan borong. Tetapi ketika beliau mula bekerja, beliau mula sedar bahawa impiannya tidak mungkin tercapai. "Gaji saya sekadar cukup untuk perbelanjaan saya. Tidak mungkin saya dapat memulakan perniagaan. Dalam fikiran saya, satu-satunya cara untuk mencapainya adalah dengan bekerja lebih keras untuk memperoleh lebih banyak," katanya.

Janice tidak pernah merancang untuk menukar kerjaya. "Saya memulakan perjalanan di BE disebabkan seluar Aulora," katanya. Kakaknya, RCCA Joyce (juga uplinenya), yang mendorongnya untuk hanya berkongsi dengan orang lain bagaimana seluar Aulora telah menolongnya.

Pada waktu yang sama, Janice menyertai BE sepenuh masa dan mula berubah menjadi lebih yakin, berani, berdikari dan sabar.

"Terlampau banyak kebaikan menjalankan perniagaan MLM," katanya. "Saya telah bekerja dalam industri IT selama lapan tahun, namun masih ada had atas pencapaian kita, tambahan, tidak ada kebebasan masa. Perniagaan tradisional memerlukan modal yang besar dan selalu ada masalah stok berlebihan atau kekurangan stok. Tetapi dalam perniagaan MLM, kita hanya memerlukan modal yang sangat rendah untuk bermula dan sejauh mana kita ingin pergi bergantung sepenuhnya pada diri kita."

Sejak menyertai BE, Janice telah berteman dengan ramai orang dan melancong ke mana-mana untuk bertemu dengan downline dan memimpin mereka menuju kejayaan.

Beliau percaya bahawa menyertai platform yang betul adalah kunci untuk mencapai kejayaan. "BE menyediakan platform yang tepat kerana mempunyai suatu sistem yang mudah untuk duplikasi, budaya yang kuat dan pemimpin yang hebat. Pengasas BE ialah model teladan yang hebat yang memberi inspirasi kepada saya untuk menolong lebih ramai orang," kata Janice.

Semua faktor ini membantunya mencapai impiannya untuk kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan ibu bapanya, dan persaraan lebih awal dengan pendapatan pasif yang berterusan. "Peluang tidak datang tergolek sebegitu. Dengan sikap dan pemikiran yang betul, anda tidak akan dapat dihentikan dalam BE!" Janice menyimpul.