BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Jaslyn Yeoh Jonard

RCCA Jaslyn Yeoh Jonard

Petikan: "Di BE, Membantu Lebih Ramai Orang Untuk Berjaya, Diri Semakin Berjaya"

Nama & Gelaran:

RCCA Jonard Teh

RCCA Jaslyn Yeoh (Pemilik pelbagai perniagaan)

Pengenalan: Jonard dan Jaslyn memulakan perjalanan keusahawanan mereka ketika mereka baru berusia 19 tahun. Pada satu ketika, mereka pernah memiliki tujuh perniagaan konvensional dengan pendapatan 5 angka. Tetapi kini, mereka hanya memiliki satu perniagaan - perniagaan BE.

Kejayaan dan kegagalan konvensional: Muda dan gemar akan pengembaraan, pasangan ini bekerja keras untuk mencapai dan mengekalkan suatu gaya hidup yang selesa. Oleh itu, mereka mempelbagaikan perniagaan mereka dengan pantas, dengan harapan dapat menggandakan pendapatan mereka. Tragedi melanda apabila mereka mengalami satu pelaburan yang gagal pada tahun 2005.

"Kami berhutang besar dengan 9 bank dan 5 penghutang. Semua perniagaan lain kami berada dalam bahaya," Jaslyn geletar. "Untuk menyelamatkan perniagaan dan melangsaikan hutang, kami memutuskan untuk mencuba MLM."

Jonard menambah, "Kami menyertai sekurang-kurangnya 30 syarikat MLM, hanya untuk 'melayan' pelanggan dan pembekal kami. Tetapi kami mendapati bahawa MLM ialah cara yang boleh laksana untuk menyelamatkan perniagaan dan melangsaikan hutang kami kerana kos permulaan yang rendah dan prinsip penggandaannya."

Titik perubahan: Pada tahun 2006, mereka bertemu dengan mentor mereka, Ir. Lee Suet Sen dan Ho Huey Chuin yang sudah merupakan pemimpin yang berjaya dalam industri MLM. Apabila Lee bertanya kepada Jaslyn apakah yang mendorongnya untuk bekerja keras, beliau menjawab, "Untuk membekalkan kebahagiaan, dan segala yang terbaik dalam hidup kepada keluarga!"

Ir. Lee kemudian bertanya, "Jadi setelah bertahun-tahun bekerja keras, adakah anda gembira?"

Soalan Ir. Lee "memanah" pasangan itu seperti petir. Ini membuatkan pasangan tersebut sedar bahawa mereka begitu sibuk mengejar kejayaan kerjaya dan wang sehingga mereka lupa tentang impian mereka untuk menjalani suatu kehidupan yang selesa. "Kami berbincang mengenai margin keuntungan tetapi kami tidak pernah membincangkan kebahagiaan kami," kata Jaslyn. "Soalan Lee mengingatkan kami tentang impian dan nilai hidup kami. Saat itulah kami membuat ikrar untuk mengikuti mentor kami dan menjadikan mereka teladan kami."

Dari "saya" hingga "kita": Pada 8 Ogos 2017, setelah satu dekad mengalami kejayaan dan pengalaman dalam kerjaya MLM mereka, perjalanan BE pasangan ini bermula.

Di BE, membantu lebih ramai orang untuk berjaya, diri semakin berjaya.

Jaslyn berkata, "Sebagai ahli perniagaan, kami hanya mempedulikan margin keuntungan. Kini, kami mengambil berat tentang kejayaan dan impian downline. Sebagai pasangan yang menjalankan perniagaan yang berbeza, kami sering bertengkar. Kini, kami belajar bagaimana melihat sesuatu dari sudut orang lain, kami berkongsi misi yang sama dan kami membincangkan impian, rangkaian dan masa depan kami."

Jonard menambah, "Saya dulu memikirkan kejayaan saya sendiri, supaya saya dapat menjadi kebanggaan keluarga saya. Tetapi sekarang, saya ingin menolong lebih ramai orang mengubah hidup mereka dan berjaya, dan menjadikan mereka kebanggaan keluarga mereka juga!"

Pasangan itu berkata serentak: "Kami berharap dapat membantu lebih ramai orang untuk memulakan perniagaan dan merealisasikan impian mereka secara mudah melalui platform BE!"

"Adalah suatu rahmat dapat bertemu dengan seorang mentor dalam hidup! Kami berpeluang untuk bertemu dengan sepasang mentor! Kami pasti mewariskan konsep dan semangat mentor yang berjaya kepada semua pasukan organisasi! Di BE, hanya memerlukan 2 hingga 5 tahun untuk berpeluang menikmati kehidupan impian! Kenapa tidak?"