RCCA Jenny & Suhairy
Tajuk: Kejayaan tidak semestinya milik mereka yang paling bijak, tetapi kepada mereka yang tidak pernah berputus asa
Pemimpin: RCCA Jenny & Suhairy
Latar Belakang: Usahawan
Kandungan
Dalam setiap kisah adiwira, watak utama pasti menghadapi pelbagai cabaran sebelum memperoleh kemenangan. Begitu juga dengan RCCA Jenny dan suaminya, Suhairy, yang telah melalui pelbagai dugaan sebelum mencapai puncak kejayaan. Kunci kejayaan Jenny adalah ketabahan dan keazaman yang membawa kepada pencapaian matlamat serta membantu mereka yang memerlukan. Dengan segala cabaran yang dihadapi, Jenny sememangnya layak mendapat gelaran RCCA pertama di Indonesia. Sebagai ibu kepada 3 orang anak dari Pekanbaru, pencapaian ini sangat bermakna serta menjadi bukti dedikasi luar biasa beliau.
Permulaan Minimum, Manfaat Maksimum
Sebelum mempunyai butik dan kedai telefon sendiri, Jenny telah terlibat dalam industri jualan langsung kira-kira selama 9 tahun. Menceburi perniagaan MLM bukanlah permulaan baru untuk beliau memandangkan Jenny sudah berpengalaman dalam bidang ini. Beliau tertarik dengan peluang mendapatkan AULORA Pants percuma dan menyertai BE International atas cadangan rakan yang kini menjadi uplinenya. Selepas mencuba produk tersebut sendiri, beliau kemudian membuat perkongsian dan testimoni produk kepada pelanggannya. Usaha itu segera membuahkan hasil apabila beliau mencapai pangkat Ambassador dalam masa 7 hari sahaja.
Tertarik dengan potensi untuk menyamai pendapatan daripada perniagaan konvensional, Jenny bertekad untuk terus maju bersama BE International. Yakin dengan model perniagaan tiada kapital dan produk berkualiti tinggi BE, Jenny mengambil peluang untuk mengubah hala tuju kerjayanya. Kebanyakan jualan beliau hasil daripada penggunaan aktif sosial media TikTok. Terinspirasi oleh salah seorang downline yang mempelopori penggunaan TikTok untuk perkongsian produk, Jenny dan seluruh kumpulannya turut mengamalkan pendekatan inovatif ini.
Melangkaui Halangan Kejayaan
Menjadi RCCA adalah simbol kejayaan tertinggi Jenny setelah hampir 6 tahun berusaha untuk meraih gelaran berprestij ini. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menghadapi pelbagai dugaan. Pada tahun pertama, beliau memperoleh pendapatan 4 angka, namun pandemik COVID-19 menyebabkan jualan merosot akibat kelewatan penghantaran dan aduan. Selepas pandemik, beliau terus menghadapi kesukaran termasuk kehilangan lebih separuh daripada downline beliau.
Sehingga satu saat, Jenny terfikir untuk meninggalkan BE sepenuhnya, tetapi tanggungjawab terhadap downline yang masih setia membuatkan beliau cepat berubah fikiran. Malahan, sokongan kuat daripada Pengasas dan upline membantu beliau terus maju, terutama pada saat-saat sukar. Jenny percaya bahawa ketabahan membawa kepada kejayaan di BE, dan usaha keras beliau akhirnya membuahkan hasil apabila beliau mencapai impiannya sebagai RCCA.
Melakar Kejayaan dengan Budaya Bimbingan BE
Budaya BE yang menyemai hubungan seperti keluarga sentiasa memberi inspirasi kepada Jenny untuk terus berusaha. Sistem BE yang mudah difahami bukan sahaja melancarkan operasi perniagaan, malahan sesuai dipelajari oleh mereka yang tiada pengalaman perniagaan. Berbeza dengan perniagaan tradisional di mana berkongsi keuntungan sama rata bersama pekerja adalah sukar, BE membantu Jenny untuk membimbing kumpulannya menjana pendapatan seiring dengan usaha mereka.
Jenny menggalakkan mereka yang berminat menyertai BE agar bertindak segera. Menjalankan perniagaan sendiri biasanya memerlukan modal yang tinggi dan meluangkan banyak masa. Namun, hanya dengan RM60, BE menyediakan segalanya dari produk, sistem serta promosi kepada para IBO. Mereka akan mendapat bimbingan menyeluruh dan pasti berjaya jika mengikut sistem sebaiknya.
"Percaya pada BE, upline serta diri anda sendiri," — Jenny
Ia telah menjadi pendorong buat Jenny dalam mengecapi pangkat RCCA setelah berusaha selama 6 tahun. Beliau sentiasa berimpian untuk menjadi RCCA pertama di negaranya, terutama apabila yang lain telah berhenti mengejar impian tersebut. Ibarat seorang wira yang memperoleh kegemilangan, Jenny mengatasi setiap halangan untuk memenuhi impian jangka panjang beliau.