RCCA Jet Tan & RCCA Lee Siow Mei
Perubahan Kejuruteraan Dalam Kehidupan Orang
RCCA Jet Tan (Bekas Pengarah Pemasaran dan Operasi)
RCCA Lee Siow Mei (Bekas Jurutera R&D)
Semasa kecil, Jet berimpian untuk menjadi seorang usahawan berjaya yang boleh melancong ke seluruh dunia untuk perniagaannya. Pada kenyataannya, beliau telah mencapai impian ini di BE. Namun, beliau telah belajar bahawa kejayaan sebenarnya bukan hanya mengenai wang tetapi lebih kepada mengubah kehidupan orang lain.
Semasa temu ramah, Siow Mei berkata, "Impian saya adalah bekerja sebagai seorang jurutera elektronik di Jepun. Saya ingin mereka produk yang memberi manfaat kepada orang ramai." Hari ini, beliau menemui kaedah yang lebih baik untuk memberi manfaat kepada orang ramai — melalui BE.
Tiada yang lain, melainkan kerja
Jet dan isterinya Siow Mei merupakan jurutera yang memperoleh pendapatan yang lumayan.
"Saya seorang yang gila kerja, dengan mudah mencecah 100 jam OT sebulan," Siow Mei tertawa ketika mengenangkan hidupnya selama 3 tahun sebagai seorang jurutera R&D. Diasuh untuk "menguruskan kerja diri sendiri" oleh ibu bapanya, beliau sangat terikat dengan dunia kerjanya, dengan bilangan kawan yang tidak ramai dan kurang kesedaran tentang pelbagai masalah kesihatannya.
Sementara itu, Jet pula terikat dengan kerja pengurusannya yang membosankan. Sebagai seorang jurutera telekomunikasi, beliau bermula sebagai seorang kakitangan teknikal di syarikat pakciknya dan berusaha kuat untuk menjadi pengarah dalam masa 10 tahun. "Saya memperoleh pendapatan 5 angka, tetapi tekanan kerja sangat besar. Segala-gala yang saya buat hanyalah kerja," beliau menggeletar mengenangkan kisah silam.
Bekerja ke arah kebebasan
Kehidupan pasangan itu berubah setelah mereka melihat potensi perniagaan MLM yang memberikan mereka kesihatan yang lebih baik, pendapatan yang lebih lumayan dan kebebasan yang lebih banyak. Mereka mengambil langkah berani dari pekerjaan mereka yang selesa ke dalam bidang MLM, walaupun menjadi introvert. Siow Mei tergelak ketika teringat bagaimana keperibadian mereka dianggap "tidak sesuai" untuk MLM. "Sudah tentulah. Saya hanya mempunyai beberapa orang kawan sahaja kerana saya hanya menjaga hal diri saya sendiri!"
Walaupun begitu, pasangan itu bertekad untuk berjaya. Untuk bermula, mereka perlu mengatasi kelemahan diri mereka — mengembangkan lingkaran sosial mereka. "Bagaimana untuk mendapatkan kawan baru? Ia bermula dengan satu senyuman. Dari situ, saya mula terlibat dalam perbualan yang mudah. Ini tidak bermaksud saya akan berbicara mengenai MLM setiap kali, tetapi intinya adalah untuk mendapatkan lebih ramai kawan," Siow Mei berkongsi.
Dari langkah-langkah kecil, perjalanan pasangan itu melonjak ke kedudukan mereka sekarang. Mereka mengaitkan kejayaan mereka dengan "sistem yang adil dan telus di BE yang mengganjari setiap usaha, tanpa mengira latar belakang, kelayakan akademik, keluarga, dan sebagainya."
"Saya tidak dapat menerapkan apa yang telah saya pelajari dalam jualan langsung ke dalam pekerjaan korporat saya kerana mereka merupakan dua sistem yang berbeza sama sekali. Di dunia korporat, ada hierarki, dan kedudukan anda ditentukan oleh latar belakang dan pengalaman akademik anda, belum mengambil kira lagi politik pejabat," jelas Jet.
BE - Mengubah kehidupan
Melalui BE, pasangan itu telah mempelajari bahawa MLM bukan hanya memperoleh pendapatan tinggi tetapi mengubah nasib orang dengan mentransformasikan mereka menjadi orang yang lebih baik. "Ketika kami bertemu dengan orang lain dari semua lapisan masyarakat, itu memperluas perspektif kami dan terus maju melalui pembelajaran berterusan," jelas Siow Mei.
"Kami menjadikan BE sebagai kerjaya seumur hidup kami. Kami bak satu keluarga yang berusaha untuk satu tujuan hidup," pasangan itu mengulas secara bersemangat.