BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Joanne Liew

RCCA Joanne Liew

Petikan: "Ketabahan ialah Kuasa Ajaib"

Profil:

Nama: RCCA Joanne Liew

Peranan: Bekas Pemilik Kedai Barangan Bayi

Pengenalan: Pada 2016, RCCA Joanne Liew meninggalkan syarikat abangnya dalam industri tekstil selepas bekerja di sana selama hampir 20 tahun, dan kemudiannya memulakan kedai barangan bayinya pada 2018. Dua tahun kemudian, dia menutup kedai itu untuk menjalankan perniagaan BE sepenuh masa.

Kuasa Duplikasi "Jujurnya, saya skeptikal tentang bagaimana Aulora Pants dapat memperbaiki kesihatan saya. Saya telah bekerja di dalam bidang tekstil selama dua dekad dan setahu saya, tak mungkin sehelai fabrik dapat memperbaiki kesihatan seseorang. Tetapi ia benar! Sayalah contohnya. Begitulah saya mula berkongsi Aulora Pants dengan keluarga dan kawan-kawan. Hebatnya, kesihatan mereka bertambah baik!"

Joanne memulakan perniagaan BE separuh masa. Hari demi hari, beliau mendapati perbezaan antara BE dan perniagaan biasa, kuasa duplikasinya tidak terbanding. Setelah berkira-kira, beliau membuat keputusan untuk menjalankannya sepenuh masa dan menutup kedai barangan bayinya.

"Pada permulaan kerjaya saya di BE, begitu banyak 'pencuri mimpi' yang mengganggu fikiran saya dengan perkara-perkara negatif, yang mengatakan saya tak sepatutnya menutup kedai dan menyertai industri yang saya tidak arif, bahawa ia terlalu berisiko dan tidak praktikal. Tetapi, saya menyedari bahawa kita tidak boleh mempunyai segalanya. Oleh itu, saya membuat keputusan yang pasukan saya memerlukan saya."

Kuasa Ketabahan

Motivasi terbesar Joanne dalam perniagaan datang dari teman-teman rapat, keluarga dan rakan sepasukan. "Sewaktu memulakan kerja BE, niat saya adalah untuk berjaya bersama mereka. Kebanyakan mereka bergantung kepada saya untuk meneruskan perjalanan, jadi saya tidak boleh berputus asa dan mengecewakan mereka. Mungkin bunyinya klise, tetapi tiada apa yang lebih bermakna daripada dapat membantu orang merealisasikan impian mereka. Apabila dapat membantu suri rumah berdikari dari segi kewangan, membantu orang berkembang, pencapaian ini mendorong saya untuk maju ke hadapan."

Pandemik Covid-19 telah menunjukkan kelemahan perniagaan konvensional. "Kami sangat berterima kasih kepada strategi pengasas BE yang membolehkan kami terus membawa harapan kepada yang berada di sekeliling kami. Malahan, perniagaan BE saya berkembang dengan pesat sewaktu lockdown dan saya sangat berterima kasih kepada pengasas-pengasas, mentor-mentor, upline dan rakan seperjuangan, juga suami tersayang di atas sokongan yang tidak terhingga."

Nasihat & Seruan Bertindak:

Joanne menyambung, "Berikan diri dan impian anda peluang! Perkembangan memerlukan anda untuk mengatakan 'ya' kepada cabaran baharu, untuk keluar dari zon selesa. Saya merupakan seorang yang pemalu dan menjalankan perniagaan BE adalah satu cabaran besar memandangkan saya tiada pengalaman jualan langsung dah tidak pernah berkongsi penjagaan kesihatan dengan sesiapa. Tetapi saya percaya selagi saya tabah, saya boleh melakukannya. Ketabahan membawa kejayaan. Kuasa ajaib inilah yang akan membawa kepada destinasi kita."