RCCA Joyce
Petikan: "Jadilah Ratu Sebenar, Berdikari Sendiri!"
Nama & Gelaran: RCCA Joyce Tay (Suri Rumah)
Pengenalan: Selama lebih dari satu dekad, RCCA Joyce Tay ialah seorang suri rumah yang sibuk. Kehidupan sibuknya mengelilingi anak-anak, membeli-belah, minum teh petang, menonton drama, melancong, dan lain-lain. Sebagai ratu rumah, beliau tidak perlu bimbang tentang wang kerana suami penyayang membekalkan yang terbaik.
Ketika menemui BE, beliau menyedari bahawa ratu sebenar ialah wanita yang bebas dari segi kewangan dan tidak bergantung pada rajanya.
Mengambil Langkah Pertama: "Pada mulanya, saya berkongsi mengenai BE kerana saya sendiri memperoleh manfaat daripada produknya. Saya menjadi tertarik dengan perniagaan ini setelah menolong orang lain meringankan masalah mereka," Joyce berkata. "Saya tidak mempunyai idea mengenai rangkaian, jadi saya mula menghadiri mesyuarat mingguan syarikat."
Semakin banyak Joyce terlibat dalam perniagaan BE, beliau menyedari bahawa beliau telah membazirkan hidupnya dengan perkara-perkara remeh. Tanpa sebarang matlamat hidup, beliau mengelak daripada memikirkan masa depan. "Saya tidak terfikir bahawa saya mampu untuk membicarakan masa depan kerana saya bergantung pada suami selama ini. Masa depannya ialah masa depan saya, takdirnya ialah takdir saya."
Sejak tiga tahun kebelakangan ini, Joyce semakin yakin dengan dirinya dan masa depan. "Saya bangga dengan diri saya sekarang, kerana mengetahui bahawa saya bukan beban keluarga saya. Hakikatnya, saya ialah sebahagian daripada kekuatan keluarga kami!"
Menyambar Masa Depan: Joyce memiliki kepercayaan penuh terhadap BE setelah melihat permintaan untuk produk kesihatan, trend industri kesihatan dan potensi pasaran global. "Kelebihan terbesar perniagaan ini ialah kita tidak akan rugi. Ia membolehkan kita menggandakan masa dan pendapatan melalui model perniagaan rangkaian yang kuat. Lihatlah diri saya, saya tidak pernah menyangka bahawa saya boleh menjadi seorang pemimpin," seru Joyce.
"Saya seorang wanita yang perkasa sekarang. Saya bebas membincangkan masa depan dan impian saya dengan orang di sekeliling saya. Saya telah mempelajari bagaimana untuk melihat gambaran yang lebih besar dan melihat perkara-perkara dari perspektif yang berbeza."
Impian Joyce adalah memperluas rangkaiannya ke setiap pelosok bumi, di mana setiap orang akan terus "minum kopi, bersembang dan menjana wang". "Amat menggembirakan untuk menyaksikan orang berkembang dan berubah melalui BE, seperti diri saya. Dan yang terbaik ialah kita semua dapat melancong ke luar negara bersama-sama sebanyak dua kali setahun!"
Bagaimana Anda Ingin Dikenangi? Tidak kira betapa selesanya kehidupan anda sekarang, hidup tanpa impian adalah seperti burung dengan sayap yang patah — burung tersebut tidak mungkin dapat terbang. "Andalah pencipta kehidupan anda sendiri. Fikirkan bagaimana anda mahu dikenangi setelah anda meninggal dunia. Sekarang, berusaha untuk menjadi orang yang anda ingin orang lain mengingati anda."
Berhentilah mencipta alasan, ambil langkah pertama, maju secara yakin. Sekiranya suri rumah yang tidak berpengalaman seperti saya boleh melakukannya, anda juga boleh! Jadilah ratu/raja yang anda inginkan, berdikari, berjaya. Anda boleh melakukannya di BE!