BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Leong Cheat Min & Lee Mok Siang

RCCA Leong Cheat Min & Lee Mok Siang

Tajuk: Kejayaan terletak dalam Sistem BE

Pemimpin: RCCA Leong Cheat Min & Lee Mok Siang

Latar Belakang: Bekas Konsultan Sistem Maklumat Industri Minyak dan Gas & Pensyarah dan Penyelidik dalam Matematik Gunaan

Kandungan

RCCA Leong Cheat Min dan Lee Mok Siang mempunyai latar belakang akademik dan profesional yang cemerlang. Cheat Min sebelum ini merupakan konsultan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam sektor minyak dan gas di Brunei. Manakala, Dr. Lee berkelulusan ijazah kedoktoran dan bekerja sebagai pensyarah universiti di Jabatan Matematik Gunaan. Namun, pencapaian hebat ini bukanlah kehidupan ideal yang mereka impikan.

Pada mulanya, Cheat Min dan Dr. Lee menetap di Brunei bersama anak-anak mereka. Dr. Lee memutuskan untuk kembali ke Malaysia untuk mengajar di universiti swasta pada 2018, dan kemudiannya membawa pulang dua orang anaknya ke Malaysia pada 2020. Cheat Min pula terpaksa kekal di Brunei untuk memperoleh pendapatan dalam Brunei Dollars kerana prospek pekerjaannya.

"Pensyarah universiti mempunyai kekangan dalam perkembangan kerjaya dan pendapatan, dan Cheat Min perlu kekal di Brunei untuk bekerja. Ini bukan kehidupan yang kami mahukan." — Dr. Lee

Mereka berdua berusaha gigih dalam mencari pendapatan tambahan, malah mencuba nasib dalam beberapa bisnes jualan langsung walaupun tidak membuahkan hasil yang baik. Mereka akhirnya menemui jalan kejayaan apabila mengenali BE.

Peluang Untuk Berubah

Disebabkan oleh penyakit sakit tumit (plantar fasciitis) yang teruk dialami Cheat Min, Dr. Lee telah membeli AULORA Pants with KODENSHI® untuknya. Apa yang mengejutkan, dalam tempoh enam bulan sahaja, sakit tumit yang dialami Cheat Min selama tiga tahun itu menjadi lebih baik dengan begitu ketara. Mereka sangat kagum dengan keberkesanan produk tersebut dan membuat keputusan untuk memulakan bisnes BE mereka sendiri. Namun, perjalanan kerjaya mereka dalam BE tidak mudah, malah, ia terbantut selepas dinaikkan pangkat menjadi Ambassador.

Salah satu faktornya adalah disebabkan kerjaya sedia ada mereka yang memberi pendapatan stabil serta kekangan masa kerana beban kerja yang menuntut. Komitmen ini menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada BE. Tambahan pula, kesan daripada pengalaman mereka dalam bisnes jualan langsung sebelum ini membuat Cheat Min ragu-ragu untuk melibatkan diri dalam industri ini. Hasilnya, beliau kekurangan semangat untuk memajukan bisnes BE mereka.

Sehinggalah RCCA Chee Ann hadir untuk memberi bimbingan dan inspirasi, barulah mereka mendapat pencerahan untuk memulakan bisnes BE dengan serius.

Kejayaan = Produk Yang Baik + Sistem Yang Baik + Budaya Yang Baik

Dalam tempoh kurang setahun, mereka berjaya mencapai pendapatan lima angka, dan dalam tempoh enam bulan seterusnya, mereka dinaikkan pangkat ke CCA. Apabila ditanya berkenaan kunci kejayaan, mereka memberi jawapan dengan penuh keyakinan: "Ini kerana Sistem BE!"

BE mempunyai produk yang berkualiti tinggi, tetapi apa yang membuatkan ia berbeza adalah sistemnya. Produk yang bagus perlulah disokong oleh sistem yang setara untuk menarik minat dan mengekalkan komitmen.

"Kepakaran saya adalah berkaitan matematik, saya mementingkan angka. Pelan pemasaran BE yang telus dan komprehensif menunjukkan kepada saya mengenai kuasa penggandaan." — Dr. Lee

Lebih penting lagi, mereka mempunyai mentor dan upline yang hebat, seorang sahabat pada waktu kecil Dr. Lee — RCCA Chee Ann, serta pasukan kepimpinan yang sentiasa memberi semangat dan seperti keluarga mereka sendiri. BE menawarkan pengalaman yang cukup berbeza daripada kerjaya lama mereka dahulu, di mana mereka perlu berhadapan dengan cabaran tanpa ada sokongan. Sistem pendidikan BE yang cemerlang memberi pelbagai program latihan yang dibimbing oleh mentor berpengalaman. BE komited dalam menyokong sesiapa sahaja yang berdedikasi dalam memajukan bisnes BE mereka.

"Chee Ann memberi bimbingan yang begitu baik. Daripada perkongsian teknik hingga perkembangan rangkaian, beliau bimbing kami sebaik mungkin selangkah demi selangkah. Ini merupakan pengalaman yang baru buat saya. Saya sedar bahawa wujudnya kaedah untuk berjaya; saya hanya tidak menemuisya sebelum kehadiran BE. Tidak pernah belajar mengenainya, maka tidak berjaya. Sekarang baru saya sedar akannya," — Cheat Min

Produk yang bagus, sistem yang efektif, dan budaya yang kuat telah melahirkan satu demi satu pemimpin yang berjaya. Itulah asas BE.

BE Memberi Kami Peluang Untuk Memilih

"Saya ingat saya hanya dapat pulang ke Malaysia daripada Brunei apabila diberhentikan atau bersara. Namun, BE mengubah hidup saya, memberi saya peluang untuk memilih," — Cheat Min

Pandemik dan perintah berkurung berterusan pada 2020 telah meningkatkan keinginan mereka untuk berubah. Sebelum Cheat Min memutuskan untuk berhenti kerja di Brunei, beliau terlebih dahulu perlu mencari pendapatan yang lebih tinggi daripada gajinya, dan beliau merasakan ia suatu yang mustahil. Namun, pertemuan mereka dengan BE mengubah keraguan itu menjadi satu kepastian.

Pada November 2020, ketika Cheat Min pulang ke Malaysia dari Brunei, beliau berasa begitu terharu saat menjejakkan kaki ke tanah airnya. Perkenalan dengan BE telah mengubah hidup beliau dan keluarga sepenuhnya.

"Bekerja keras bukan sahaja untuk harta dan status, tetapi mempunyai peluang membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga dalam menghadapi kesukaran!" — Dr. Lee & Cheat Min