RCCA Liyana Imani
Petikan: "Curahkan usaha sepenuh anda (ke dalam perniagaan) dan kagumi pulangannya"
Profil:
Nama: RCCA Liyana Imani Abdul Latif
Peranan: Pemilik perniagaan berbilang
Pengenalan: RCCA Liyani tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Dengan pengalaman selama 11 tahun dalam perniagaan, perkongsian ikhlas Liyani akan memberi inspirasi kepada anda untuk merebut peluang BE serta-merta.
Laluan kejayaan yang lebih pantas Liyana tidak pernah bermimpi besar. "Saya berkahwin muda dan melahirkan anak sulung semasa tahun akhir di universiti. Hasrat terbesar saya ketika itu adalah menjadi ibu sepenuh masa untuk mengasuh bayi saya. Disebabkan saya tidak mahu membebankan suami saya dari segi kewangan, saya menceburi bidang perniagaan yang berbeza."
Liyana diperkenalkan dengan perniagaan BE pada Disember 2019. "Pada mulanya, saya merebut peluang BE kerana dapat melihat diri saya berjaya dalam masa yang singkat dengan platform perniagaan yang betul. BE mewakili kepercayaan dan kepimpinan berkualiti serta membekalkan produk termaju yang mempunyai testimonial unggul. Syarikat yang bereputasi seperti BE akan membantu kami untuk meyakinkan orang ramai dengan mudah."
Bagaimanapun, kepuasan melihat orang ramai mengubah kehidupan mereka dari segi memperoleh kesihatan dan kebebasan kewangan, mendorongnya untuk meneruskan perniagaan. "Motivasi saya kini adalah untuk memupuk lebih ramai pemimpin yang berjaya. Ia bukan mengenai diri saya tetapi lebih kepada rangkaian saya."
Kepimpinan dalam kemajuan Liyana memberikan penjelasan jelas bahawa beliau menyahut peluang BE kerana percaya ia boleh mempercepatkan kejayaannya dan bukan untuk wang tunai yang cepat. "Saya masih membiasakan diri dengan orang yang berniaga hanya untuk wang tunai yang cepat. Rakan kongsi perniagaan yang hanya bermotifkan wang biasanya tidak mempunyai kesetiaan dan akan beralih kepada peluang seterusnya yang boleh memberikan pulangan wang tunai dengan cepat. Menerima dan meneruskan perjalanan adalah satu cabaran bagi saya kerana saya cenderung terasa atas peninggalan (perniagaan) mereka secara peribadi."
Namun begitu, Liyana bersyukur kerana BE telah membolehkannya melihat kehidupan dari pelbagai perspektif yang berbeza. "Perniagaan ini mencabar keupayaan organik anda untuk memimpin rangkaian, untuk menutup jualan dan menangani telatah manusia. Sejak itu saya berubah menjadi seorang pendengar yang lebih baik, penyelesai masalah dan saya dapat menggali lebih dalam ke dalam bank kreativiti saya untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan terbaik mereka."
Liyana juga mendapati dirinya semakin yakin, menjadi penceramah awam yang lebih baik dan semakin selesa berkongsi peluang perniagaan dengan orang ramai. "Pendidikan sistem telah meningkatkan kemahiran saya, yang tidak pernah saya rasakan perlu," katanya.
Perniagaan kalis kemelesetan dan wabak Hakikat bahawa perniagaan BE bukan sahaja bertahan tetapi terus berkembang maju sejak dua tahun lalu ialah bukti kukuh bahawa BE ialah platform perniagaan paling selamat semasa kemelesetan dan wabak. "BE telah berkembang dengan pantas dan mampu menampung keperluan profesional setiap orang. Pengasas tidak pernah mengecewakan kami. Fleksibiliti perniagaan ini sememangnya cemerlang."
Nasihat & Seruan Bertindak: Jika anda masih tidak pasti, nasihat Liyana ialah: "Jika anda ingin mengubah hidup anda, anda perlu mengubahnya. Tiada apa-apa akan berlaku jika anda tidak mengambil sebarang tindakan. Jadi, cubalah perniagaan ini atau jalani sepanjang hayat anda dengan tertanya-tanya apa yang mungkin berlaku."