BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Loh Soo Hau Shirley Tay

RCCA Loh Soo Hau Shirley Tay

Tajuk Utama: Rombongan ke Osaka — BEranikan diri untuk berubah sekarang dan anda akan bersyukur nanti!

Profil: RCCA Loh Soo Hau & Shirley Tay | Bekas Pengurus Jualan / Guru

RCCA Loh Soo Hau dan Shirley Tay menjalani suatu kehidupan keluarga yang sederhana setelah berkahwin. Soo Hau merupakan pencari nafkah utama sementara Shirley amat berpuas hati dengan tugas mengajarnya. Mereka yakin pada mantra bahawa kestabilan ialah faktor utama untuk kehidupan yang bahagia, namun mereka berhenti dari pekerjaan yang stabil untuk mengusahakan BE sepenuh masa. Di sini, mereka berkongsi alasan mereka bertindak sedemikian.

Perjalanan BE mereka bermula ketika Soo Hau membeli sepasang Seluar Aulora untuk Shirley. "Itulah hadiah terbaik kerana perutku (yang gemuk) mengempis dalam masa 10 hari setelah memakainya," serunya. "Soo Hau ialah seorang jurujual, jadi saya memberitahunya bahawa ia harus berkongsi kehebatan ini. Tetapi bukan saya, saya bukan seorang pekongsi, saya hanya seorang guru. Jualan bukan kepakaran saya!"

Setahun setelah menjalankan perniagaan BE secara sambilan, Soo Hau secara berani memutuskan untuk menjadikan BE sebagai kerjaya sepenuh masa. Shirley tidak pasti. Beliau memerlukan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan. "Jadi, saya mengambil cuti tanpa gaji selama setahun pada tahun 2019 untuk memberi tumpuan kepada BE. Pada tahun 2020, saya berhenti kerja sebagai guru, melepaskan pencen saya dan bergabung dengan suami secara sepenuh masa di BE."

Walaupun mereka menjalani suatu kehidupan yang selesa bahkan sebelum perniagaan BE, Soo Hau sedar bahawa suatu rancangan jangka panjang diperlukan sekiranya mereka ingin mengekalkan taraf hidup mereka.

"Saya telah menjalankan penjualan di industri elektronik selama hampir dua dekad, tetapi saya masih seorang pekerja sahaja. Saya memang terfikir untuk menubuhkan perniagaan saya sendiri tetapi kekurangan modal dan persaingan pasaran yang sengit membimbangkan saya. BE menawarkan platform terbaik untuk memenuhi impian saya. Ini adalah sebuah perniagaan rangkaian yang memerlukan modal yang rendah, dan tiada sebarang latar belakang atau pendidikan khas. Sesiapa sahaja dan semua orang boleh menyertainya." Beliau dengan bangga berkongsi: "Rangkaian kami baru saja memupuk dua saudara perempuan yang berusia 89 dan 86 tahun untuk menjadi Sapphire Ambassador!"

Bagi Shirley, beliau menikmati peluang yang dibekalkan oleh BE untuk memupuk orang lain. "Saya seorang guru sekolah rendah selama 15 tahun. Saya sayang pada pelajar saya. Tetapi saya hanya mempunyai 6 tahun untuk membimbing mereka. Di BE, saya boleh menjadi seorang pengaruh yang baik kepada orang lain sepanjang hidup mereka."

Ketika pasangan ini mengejar kerjaya yang berbeza, mereka mempunyai pengalaman dan topik perbualan yang berbeza. "Soo Hau selalu bosan mendengar cerita sekolah saya. Saya tertanya-tanya apabila sudah tua nanti, adakah kami akan menjadi dua orang tua yang bercakap mengenai kisah kita sendiri masing-masing?! Tetapi sekarang, kami berkongsi minat, rakan, matlamat dan impian yang sama," katanya.

"Tetap berfikiran terbuka dan dengarkan mereka yang ingin berkongsi tentang BE dengan anda. Mana tahu itu mungkin peluang dan perubahan yang anda perlukan. Beranikan diri untuk merangkul perubahan. Pada masa akan datang, anda akan berterima kasih kepada diri sendiri atas pilihan yang bijak sekarang. Ternyata, memiliki platform yang tepat lebih penting daripada usaha semata-mata," kata Soo Hau.