RCCA Mariam Bte Mohd Yasir & Anwar Bin Abdullah
Tajuk: "Berikan Seseorang Seekor Ikan Dan Anda Menyuapnya Sehari; Mengajar Seseorang Untuk Memancing Dan Anda Menyuapnya Seumur Hidup"
Profil: RCCA Mariam Bte Mohd Yasir (Bekas Ejen Hartanah) & Anwar Bin Abdullah (Pemilik Perniagaan Barang Ganti Kapal Terbang)
Penerbitan: BE Insight MARCH 2020
Pengedar MLM yang paling berjaya akan memberitahu anda bagaimana mereka terlibat dalam perniagaan MLM disebabkan masalah kewangan atau kesihatan. RCCA Mariam mempunyai satu sebab yang berbeza sama sekali. Inilah kisahnya.
Tidak berpuas hati sekadar menjadi seorang suri rumah
Mariam merupakan seorang ejen hartanah yang berjaya sebelum berehat untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anaknya. Walaupun tanpa bekerja, beliau sedia menjalani kehidupan yang selesa kerana suaminya mempunyai perniagaan yang mantap. "Kami sudah tinggal di rumah impian kami, memandu kereta impian kami, dan mempunyai aset sebanyak RM25 juta," kata Mariam. "Tetapi saya tidak mahu menjadi seorang suri rumah sahaja!"
Apabila Mariam mempertimbangkan semula perniagaan hartanahnya, bayangan kehidupan yang sibuk dan kehilangan kebebasan masa menggerunkannya. "Lebih-lebih lagi, peraturan dan regulasi dalam perniagaan hartanah Singapura yang senantiasa berubah," beliau menggigil memikirkannya.
Pada masa yang sama, Mariam diperkenalkan kepada perniagaan MLM. Beliau menganggapnya "mungkin berhasil", dan suaminya Anwar menyokong keputusannya.
Mega Trend Jualan Langsung
Hari ini, Mariam dan Anwar telah terlibat dalam perniagaan MLM selama lebih daripada 17 tahun. "Beberapa tahun yang lalu, ahli ekonomi meramalkan bahawa jualan langsung akan menjadi megatrend pada abad ke-21, dan ia benar-benar berlaku sekarang! Jualan langsung juga menjadi lebih mudah dengan infrastruktur yang mantap. Dengan internet, media sosial dan pemesejan segera, sesiapa sahaja boleh menjalankan perniagaan dari rumah tanpa modal yang besar mahupun pengalaman perniagaan," katanya. "Anda juga tidak perlu mencari-cari produk dan pembekal terkemuka – anda hanya memerlukan sebuah syarikat terkemuka, seperti BE."
Dengan lebih daripada 40 tahun dalam perniagaan konvensionalnya, Anwar amat bersetuju dengan pandangan isteri tersayangnya. "Saya mengambil masa kira-kira 15 tahun untuk memantapkan perniagaan alat ganti pesawat saya. Dalam perniagaan itu, anda memerlukan pengalaman, modal yang besar dan banyak faktor perniagaan yang penting untuk berjaya. Setiap tahun, risiko perniagaan saya boleh setinggi S$1 juta. Tetapi anda tidak perlu bimbang tentang semua ini di BE."
Trio yang tidak dapat dipisahkan
Sudah cukup selesa dari segi kewangan, matlamat Mariam dan Anwar dalam perniagaan MLM bukanlah kekayaan kewangan. Mariam menjelas: "Selaku seorang perintis di BE, matlamat utama kami adalah untuk membantu rangkaian dan downline kami berjaya. Kejayaan mereka ialah kejayaan kami. BE diasaskan dengan niat tunggal untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka dan menjadikan kehidupan bermakna bagi semua orang. Inilah niat kami juga."
Membantu orang ramai dilanjutkan kepada membantu mereka menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Sebagai seorang pelajar muda, Mariam berimpian untuk menjadi seorang doktor. "Kini, saya merealisasikan impian zaman kanak-kanak saya sebagai seorang 'doktor' kerana BE mempunyai produk yang luar biasa yang membantu orang memperoleh semula kesihatan, dan akhirnya kekayaan dan kebebasan masa. Ketiga-tiga ini tidak dapat dipisahkan!"
Mariam menyimpul dengan peribahasa:
"Berikan seseorang seekor ikan dan anda menyuapnya sehari; mengajarnya untuk memancing dan anda menyuapnya seumur hidup – inilah perniagaan BE!"