RCCA Munirah Azma Masri & Nazran Abdul Mutalib
Tajuk: Utamakan keluarga, kemudian komuniti, lalu dunia menanti
Pemimpin: RCCA Munirah Azma Masri & Nazran Abdul Mutalib
Latar Belakang: Bekas Penulis Korporat/Suri Rumah & Ahli Perniagaan
Kandungan
Setiap kisah kejayaan tersembunyi sebab di sebaliknya, begitu juga dengan RCCA Munirah Azma Masri dan suaminya, Nazran Abdul Mutalib. Didorong oleh visi untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mereka memulakan perjalanan transformasi bersama BE International. Munirah dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran dalam Bahasa Inggeris dan Sastera di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Suami beliau, Nazran, menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya. Kini, mereka adalah ibu bapa yang berdedikasi kepada empat orang anak lelaki yang hebat.
Krisis Membentuk Kestabilan
Kerjaya Munirah bermula sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di UIAM, tetapi beralih minat ke arah penulisan, di mana beliau memegang jawatan sebagai Penulis Korporat. Beliau kemudian maju ke peranan pengurusan di salah satu bank terbesar di Malaysia, kedudukan yang dianggap sebagai kerjaya impiannya. Namun, akibat sakit kronik ketika kehamilan pertama telah membuatkan Munirah meletak jawatan dan menghabiskan lebih satu dekad sebagai suri rumah. Beliau menjadi ibu sepenuh masa menjaga anak-anak dengan keperluan khas dan membawa mereka ke pelbagai sesi terapi setiap hari. Kehidupan Munirah berkisarkan dunia autisme sahaja.
Mereka menghadapi cabaran kesihatan lain semasa kehamilan terakhir Munirah, di mana beliau mengalami kecederaan akibat jatuh yang memerlukan penggunaan kerusi roda. Pada masa itu, Nazran dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung dan disebabkan PKP, Munirah tidak dapat melawatnya. Ketika itulah Munirah menyedari bahawa dengan kewangan yang kukuh, mereka mampu mendapatkan rawatan kesihatan terbaik ketika kecemasan. Kesukaran ini telah mendorong mereka mempertimbangkan untuk menyertai BE.
Perjalanan dari Keraguan ke Kejayaan
Awalnya, Munirah dan Nazran ragu-ragu dengan bisnes MLM dan produk-produknya. Namun, abang serta kakak iparnya, RCCA Maizahar dan RCCA Adibah, tidak pernah berhenti meyakinkan beliau untuk mencuba seluar AULORA. Beliau hanya mencuba produk tersebut selepas mendengar penerangan AULORA oleh abang dan kakak iparnya selama 6 bulan ketika beliau perlu berada di atas katil selepas bersalin. "Dari seorang adik IBO yang skeptikal kepada pengguna setia AULORA" adalah bagaimana Munirah menggambarkan pengalamannya dengan siri AULORA, memberikan hasil terbaik daripada rawatan lain yang telah beliau cuba.
Pandangan beliau mula berubah selepas RCCA Maizahar dan RCCA Adibah menjemputnya ke percutian keluarga yang ternyata adalah BE Camp di Melaka. Walaupun ragu-ragu, beliau membuka hati dan minda terhadap pengalaman itu. Di sana, beliau sangat terkesan dengan ucapan yang penuh inspirasi dari Pengasas, Encik Ir. Lee Suet Sen dan Puan Ho Huey Chuin di atas pentas, yang mengukuhkan lagi kepercayaan beliau bahawa BE adalah perniagaan yang unik dan sah. Dengan penuh keazaman, beliau mencipta Dream Board pertamanya di BE Camp tersebut.
Walaupun semua itu tampak terlalu mustahil, Munirah tetap mengikuti semua Pelan Tindakan selepas pulang dari kem, kembali dengan semangat baru sebagai orang yang berbeza. Itu memang momen yang mengubah hidupnya. Dari saat itu, tidak lagi boleh mengundurkan diri. Munirah mula aktif berkongsi pada hari biasa dan mengadakan home party besar-besaran pada hujung minggu, berpasukan dengan para ibu, kebanyakannya suri rumah yang beliau berjaya rekrut. Bersama sebagai pasukan yang proaktif, mereka mencorak kejayaan.
BE itu Mudah untuk Semua, dan BE untuk Semua
Pada mulanya, Munirah bersikap skeptikal tetapi kemudian tertarik dengan pelan '7 Langkah ke Arah Kejayaan' bersama dengan bimbingan dari tokoh berpengalaman seperti RCCA Chong Chee Ann dan Tan Lee Eng, menjamin kejayaan bagi mereka yang baru dalam MLM. Beliau juga bersyukur kerana berada di bawah pasukan upline yang hebat: RCCA Leong Cheat Min dan Dr. Lee Mok Siang, SRCA Amelia Ezreen, SRCA Arabi Husairi dan RCCA Adibah Maizahar.
BE mudah diakses dan memberikan ganjaran untuk semua. Tidak kira apa yang anda cari. Sama ada anda hanya mencari sumber pendapatan sambilan untuk membantu bayar bil bulanan, ingin mewujudkan empayar perniagaan besar untuk diwariskan kepada generasi akan datang, atau sekadar ingin menjalani kehidupan yang lebih memuaskan dan bermanfaat untuk komuniti, BE adalah untuk anda. Tidak kiralah, anda seorang suri rumah, pemandu Grab atau seseorang dengan pendidikan yang minimal, BE adalah untuk anda.
"Anda jaga diri dan keluarga anda dahulu. Kemudian jaga jiran dan komuniti. Pada akhirnya, dunia adalah peluang anda." — Munirah & Nazran
Munirah dan Nazran sangat menggalakkan untuk memberi peluang kepada sistem BE sekurangnya selama 6 bulan, menekankan budaya berorientasikan keluarga yang selari dengan kepercayaan 'Keluarga Diutamakan' mereka. Mereka menekankan bagaimana penglibatan dengan BE boleh memberi manfaat signifikan kepada individu juga keluarga mereka.