BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Nurhasnah Mazalan & Mohd Rinaldi Hamdi

RCCA Nurhasnah Mazalan & Mohd Rinaldi Hamdi

Tajuk: Semakin besar cabaran yang kita hadapi, semakin besar sebab untuk kita bermula di BE

Pemimpin: RCCA Nurhasnah Mazalan & Mohd Rinaldi Hamdi

Latar Belakang: Bekas Penyelidik / Suri Rumah & Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kandungan

Liku-liku kejayaan pasangan RCCA Nurhasnah dan Mohd Rinaldi di BE International ibarat menggenggam bara api sehingga jadi arang. Meskipun penuh dengan ranjau yang menguji ketabahan, namun semangat perjuangan mereka tidak pernah pudar, malah semakin membara.

Kejayaan mereka di BE International bukan sekadar soal pencapaian peribadi, tetapi lebih kepada misi untuk mencorakkan kehidupan insan lain dengan lebih bermakna. Gelaran RCCA bagi mereka adalah simbol tanggungjawab besar, satu mandat untuk membimbing dan memberi inspirasi kepada rangkaian mereka, demi melahirkan lebih ramai individu yang mampu mencipta kejayaan luar biasa.

Di Sebalik Ujian Pahit, Ada Rahmat Yang Tersembunyi

Meskipun mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu (Pengimejan Perubatan), Nurhasnah mendapati jiwanya lebih cenderung untuk mencari akar punca penyakit, bukan sekadar menangani simptom semata-mata. "Minat saya terhadap terapi lembut dan penyembuhan semula jadi semakin mendalam, terutama selepas melalui pengalaman perit berdepan dengan penyakit kronik yang berpanjangan," jelasnya. Kesedaran ini mendorong beliau untuk meneroka penjagaan kesihatan holistik yang membawa perspektif dan penyembuhan lebih mendalam — perjalanan yang akhirnya membawa beliau kepada BE International.

"BE telah membuka lembaran baru dalam hidup saya. Dalam tempoh hanya dua bulan, penderitaan skoliosis selama 18 tahun telah berjaya dipulihkan dengan pemakaian AULORA Pants with KODENSHI®. Dua anak saya yang menghidap autisme pula hampir pulih sepenuhnya, dan ia disahkan sendiri oleh doktor! Mereka kini boleh bertutur dengan lancar serta tidur nyenyak selepas mengambil BElixz SHIRUTO dan memakai produk AULORA. Pengalaman luar biasa ini bukan sahaja merubah hidup kami sekeluarga, tetapi juga membakar semangat saya untuk membantu orang lain mencapai kesihatan yang lebih baik secara semula jadi," — Nurhasnah

Hijrah Bermula Dengan Diri Anda

Keputusan meninggalkan dunia korporat demi misi membantu lebih ramai orang mencapai kehidupan yang lebih bermakna bersama BE International bukanlah langkah yang mudah bagi Mohd Rinaldi. Selama hampir dua dekad beliau membina kerjaya di sebuah syarikat petroleum terulung negara, sifat keberaniannya telah membawa beliau ke arah yang berbeza. Semangat dan tekad untuk melakukan perubahan itu terbit daripada keyakinan mendalam terhadap potensi BE International, disertai dengan sokongan padu isterinya yang sentiasa ada di sisi. Baginya, BE bukan sekadar peluang perniagaan, tetapi satu perjalanan bermakna yang berlandaskan kejujuran, kerjasama erat, dan kesejahteraan menyeluruh.

"Setiap bidang ada cabarannya sendiri. Saya percaya, cabaran itu yang menggerakkan kita — mendorong untuk menjadi lebih baik, mempertingkatkan prestasi, dan mengatasi batas kemampuan kita. Tetapi di BE, cabaran dan tekanan bukanlah satu beban, tetapi pembakar semangat yang menghidupkan jiwa kita. Setiap dorongan daripada upline bukan sekadar impian kosong, tetapi ia lahir dari keikhlasan dengan tindakan yang nyata — kita dapat lihat dan merasainya terus dari hati," — Mohd Rinaldi

Tambah Mohd Rinaldi lagi:

"Pengasas BE amat menitikberatkan pembinaan karakter dan keperibadian insan lebih daripada sekadar mengejar TGSV atau kekayaan semata-mata. Baginya, pangkat, wang, dan populariti akan datang dengan sendirinya; namun matlamat utama ialah untuk membentuk insan yang sejajar dengan budaya yang diterapkan oleh BE."

Amanah dan Integriti Cerminan Individu Berjaya

Bagi pasangan RCCA ini, BE bukan sekadar sebuah syarikat jualan langsung — ia adalah simbol sebuah janji yang ditepati. Budaya 3H: Honest (Jujur), Humble (Merendah Diri), dan Hardworking (Bekerja Keras) yang diterapkan dalam setiap IBO bukanlah sekadar omong kosong; ia adalah nadi yang menggerakkan setiap langkah mereka. Budaya ini mencerminkan integriti yang sebenar, bukan hanya dalam produk, malah dalam setiap cara kerjanya.

"Syarikat BE sangat jujur dalam melaksanakan setiap janji tanpa kompromi. Contohnya, apabila kita mencapai sasaran, ganjaran itu adalah pasti milik kita. Begitu juga dengan keberkesanan produk BE, yang terbukti meningkatkan kesihatan, disokong dengan beratus testimoni pengguna yang sebenar yang telah mendapat manfaatnya." — Mohd Rinaldi

"Pelan pemasaran dan Sistem BE pula, jelas diperincikan dalam buku Time to BE Infinite, tanpa sebarang keraguan atau maklumat yang disembunyikan. Jadi, bila orang bertanya, 'Kenapa BE?', jawapan saya mudah: kekuatan BE terletak pada keikhlasan Pengasas yang membina syarikat ini dengan satu matlamat utama — membina insan yang mampu membina insan lain. Bukan sekadar mencapai kejayaan, tetapi juga membentuk karakter yang mulia. Inilah teras sebenar BE," — Mohd Rinaldi

Nurhasnah turut berkongsi kata-kata daripada Pengasas BE, Ir. Lee Suet Sen dan Puan Ho Huey Chuin yang sentiasa mengingatkan mereka untuk memilih jalan gembira memberi tanpa mengharapkan balasan (path of fulfilment) berbanding jalan menuju kemenangan (path of victory). Ini kerana path of fulfilment memberikan nilai yang lebih kekal dan menjadi amal jariah — sesuatu yang akan diteruskan oleh orang lain, walaupun setelah kita tiada. Manakala, path of victory hanya berakhir di situ, tanpa kesinambungan.

"Saya lebih menghayati malah melaksanakan dengan amali, tujuan kehidupan untuk mencari makna yang lebih mendalam. Semangat untuk terus membina legasi daripada insan biasa yang mampu membuat perkara luar biasa hebat. Menyedari bahawa dalam impian dan harapan hidup kita, terkandung juga impian ramai insan lain. Jika impian kita terlalu kecil, bagaimana mungkin dapat menampung impian dan harapan ramai insan lain. Besarkan impian dalam diri, supaya ramai dapat bersama-sama meraih manfaatnya. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada barisan upline di BE atas segala yang dicurahkan, kini masa untuk kami memberi kembali," — Nurhasnah