RCCA Nurul Farehah and Eimir Azmi
Petikan: "Jadilah Pahlawan bukannya Perisau"
Profil:
Nama: RCCA Nurul Farehah & Eimir Azmi
Peranan: Suri Rumah & Pengarah Jualan Wilayah
Pengenalan: RCCA Eimir dan Farehah pasangan yang biasa, di mana Eimir sebagai pencari nafkah dan Farehah sebagai suri rumah. Sementara Farehah menjalani kehidupan yang rutin, senada dan membosankan, Eimir mempunyai pekerjaan yang sibuk, dan merupakan suami hujung minggu dan orang asing kepada anak-anak mereka.
Fikiran Seorang Perisau Farehah kadangkala menjadi murung apabila memikirkan apa yang akan berlaku kepada dirinya dan anak-anak sekiranya mereka kehilangan Eimir atau jika beliau berhenti menjadi pencari nafkah. "Saya ingin melakukan sesuatu tetapi kembali kepada pekerjaan pejabat bukanlah satu pilihan. Saya tertekan."
Sementara itu, pekerjaan Eimir yang mencabar sebagai pengarah jualan wilayah menyebabkan beliau kekurangan masa untuk keluarga. "Keutamaan saya adalah meletakkan makanan di atas meja. Apabila Farehah berhenti kerja untuk menjaga keluarga, menjadi tanggungjawab saya untuk menguruskan selebihnya."
Pada 2018, Farehah membeli sepasang Aulora Pants untuk ibunya yang telah mengalami masalah cakera tergelincir selama 20 tahun. "Hasilnya sangat meyakinkan. Apabila saya mendapati bahawa saya boleh menjana pendapatan dengan hanya berkongsi testimonial ibu saya, saya meneruskannya dan selebihnya adalah sejarah."
Eimir menyedari penglibatan Farehah dalam perniagaan MLM, tetapi beliau ragu-ragu dengan kesungguhan Farehah dalam perniagaan BE. Hanya sepanjang tempoh PKP tahun 2020 barulah beliau melihat potensi dalam BE.
"Saya terkejut melihat Farehah senantiasa seronok di dalam mesyuarat Zoom dan menjalankan perniagaan BEnya dengan gembira semasa PKP. Sebaliknya, saya bimbang tentang pekerjaan saya, terkapai-kapai menunggu rancangan kontingensi dan keputusan daripada pengurusan senior saya. Tekanan sangat kuat, dan saya berasa terperangkap dan tidak terdaya disebabkan PKP itu."
Fikiran Seorang Pahlawan Pada September 2020, tertekan oleh angka jualan yang mencabar dan banyak sekatan, Eimir memberitahu Farehah tentang ideanya untuk berhenti dan memulakan perniagaan.
"Pada masa lalu, saya akan memberitahu Eimir supaya jangan meletakkan jawatan kerana kerjanya adalah jaringan keselamatan kami dan memulakan suatu perniagaan terlalu berisiko. Tetapi kali ini, saya menyokong keputusannya dengan satu syarat: sertai saya dalam perniagaan BE, jangan bersusah payah memulakan perniagaan lain," kongsi Farehah.
Buat pertama kalinya, Farehah menunjukkan penyata pendapatan BEnya kepada Eimir, dan pelan pemasaran, produk, latar belakang syarikat dan pengasas syarikat. Emir terpegun. Pertama, beliau menjangkakan Farehah akan berkata 'tidak' kepada keputusannya untuk meletakkan jawatan. Kemudian, melihat penyata pendapatannya dan maklumat syarikat meyakinkannya untuk menyertainya.
Sejak pasangan RCCA ini berkahwin pada 2004, mereka selalu melakukan perkara secara berasingan. Akhirnya, dengan perniagaan BE, mereka bekerjasama dan berkongsi kehidupan mereka. "Saya tidak lagi bimbang sekarang kerana bekerja dengan Eimir dalam perniagaan BE kami telah memberi saya jaminan yang saya perlukan," kongsi Farehah.
Nasihat & Seruan Bertindak: "Bersikap adil kepada diri sendiri. Berikan diri anda peluang untuk mengetahui tentang Aulora Pants dan peluang BE. Peluang muncul dalam pelbagai bentuk, dan bentuk terbaik muncul dalam seragam sut kelabu BE," akhiri pasangan itu.