RCCA Pauline Tong & Jacky Chan
RCCA Pauline Tong & Jacky Chan
Bekas Pemilik Butik Kecantikan & Pengantin / Bekas Pemilik Perniagaan Penyumberluaran Tenaga Manusia
"Sekiranya anda ingin menjelajah jauh, buatlah bersama-sama."
Perjalanan Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian di Curtin University, Perth, RCCA Pauline dan Jacky ingin terus menetap di Australia kerana mereka yakin prospek kerjaya dan kehidupan adalah lebih baik di sana.
"Sekiranya bukan disebabkan desakan ayah yang menggesa saya untuk pulang ke rumah, saya mungkin hanya berpeluang untuk mengenali BE kemudian hari!" Pauline berkata.
"Walaupun saya berhasrat untuk tinggal di Australia, saya tidak ingin berjauhan dengan Pauline," Jacky tersengih.
Laluan Kerjaya Biasa
Sekembalinya ke Malaysia, mereka masing-masing memulakan kerjaya dengan kerja pejabat biasa. Beberapa tahun kemudian, Pauline berasa bosan bekerja dalam rutin sebegitu, secara berani beliau meninggalkan zon selesa untuk mengikuti suatu kursus bersolek di Taiwan dan kembali untuk memulakan butik kecantikan dan pengantinnya.
Sementara itu, Jacky menceburkan diri dalam perniagaan yang berlainan, dan setelah melakukan beberapa percubaan yang berbeza, beliau menjadi pemilik perniagaan penyumberluaran tenaga manusia yang agak berjaya.
Perubahan Kerjaya
Sejajar dengan edaran masa, kerjaya mereka berkembang. Secara logiknya, mereka tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan apa yang telah dibina selama ini untuk BE. Mengapa mereka masih melakukannya ketika itu?
"Saya terdengar tentang AULORA Pants daripada pelanggan saya. Saya mempelajarinya dan melihat potensinya menjadi item hangat dalam inventori saya," Pauline berkongsi. "Jadi, soalan pertama yang saya ajukan ialah, 'Berapa banyak yang harus saya laburkan dalam produk ini?'"
Yang mengejutkan, pelaburannya hanya RM60. "Saya terfikir bahawa saya perlu melaburkan sejumlah besar untuk mendapatkan stok tertentu. Kemudian saya menyedari bahawa ia merupakan sebuah perniagaan rangkaian," beliau ketawa. "Begitulah perjalanan BE saya bermula!"
Bagi Jacky, kisah yang berbeza pula. "Saya amat meragui minat baharunya di BE dan AULORA Pants, terutamanya kerana saya anti-MLM. Saya biasa menolak rakan-rakan yang cuba mengajak saya menyertai perniagaan MLM mereka. Jadi, setiap kali Pauline meminta saya untuk menyertai mesyuarat BE, saya akan mencari alasan untuk mengelaknya."
Tetapi beliau sedar bahawa beliau tidak dapat terus menolak pelawaan Pauline. Ketika senior upline RCCA Chua Tee Khoon berada di bandar, Jacky memutuskan untuk menunjukkan minat terhadap apa yang dikejar oleh Pauline dan menyertai pertemuan itu. Dari situ, matanya terbuka pada perniagaan berangkaian atau jualan langsung zaman moden.
Semakin Besar Rangkaian, Semakin Mudah Perniagaan
Tahun 2020 telah menyedarkan mereka betapa beruntungnya mereka kerana telah menemui BE, sebuah perniagaan dan kerjaya yang khusus untuk masa yang mencabar ini.
"Dalam perniagaan konvensional, semakin besar penubuhan, semakin banyak yang ingin dikembangkan dan semakin tinggi risikonya. Dalam pandemik ini, kita melihat betapa rentannya perniagaan konvensional," kata pasangan itu. "Hakikatnya, untuk perniagaan konvensional, semakin besar, semakin sukar."
"Tetapi di BE, semakin besar rangkaian anda, semakin mudah perkembangannya."