BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Ricky Chan Fion Tan

RCCA Ricky Chan Fion Tan

Nama: RCCA Ricky Chan & Fion Tan

Kerjaya Terdahulu: Ahli Terapi Guasa & Pemilik Butik Fesyen

Motto: Ranjau dan dugaan diharungi, kekayaan akhirnya dirasai

Kandungan Utama: Perjalanan RCCA Ricky bak menaiki roller coaster sehingga beliau menemui BE.

Daripada Kekayaan Kepada Kemiskinan

Bapa Ricky menjalankan perniagaan ternakan babi yang berjaya dan Ricky membesar dengan segala-galanya tersedia untuknya. "Kami menjalani kehidupan yang selesa sehingga wabak Japanese Encephalitis (JE) pada tahun 1997 yang menggegarkan negara." Untuk membendung virus daripada merebak, langkah-langkah tegas telah diambil. Di Negeri Sembilan, penternak babi diarah untuk memusnahkan semua ternakan mereka (khinzir). Ramai penternak babi menjadi miskin semalaman.

"Perniagaan ternakan babi ayah saya terjejas teruk dan kami akhirnya menanggung hutang yang besar. Kejadian itu mengubah gaya hidup kami sepenuhnya." Ricky tidak berminat sangat dari segi akademik dan beliau meninggalkan sekolah sebaik sahaja menamatkan pendidikan menengahnya. "Saya bekerja sebagai juruteknik pendawaian elektrik selama beberapa tahun sebelum mengambil alih perniagaan karaoke ayah (satu-satunya perniagaan keluarga yang tinggal selepas insiden JE). Saya berumur 25 tahun ketika itu." Berjuang untuk mengekalkan perniagaannya, kesihatannya terjejas dan rumah tangganya hampir musnah. "Saya berdegil membuat keputusan perniagaan yang tidak rasional walaupun Fion sentiasa menasihati saya supaya saya menamatkan perniagaan itu, yang semakin 'usang' sejajar dengan zaman. Akhirnya, saya menanggung hutang setinggi lutut."

Fion berkongsi beban Ricky dengan menjual pakaian dari pintu ke pintu. Akhirnya, beliau berjaya menabung dan membuka butik fesyen pertamanya. Ricky berkata, "Saya bertuah kerana mempunyai Fion dalam hidup saya. Jika bukan penemanannya, saya mungkin sudah muflis dan gagal sepenuhnya." Masa tu, kebetulan Ricky terjumpa terapi guasa. Beliau menguasai kemahiran itu dengan cepat dan menjadi ahli terapi guasa. Akhirnya, kehidupan kembali stabil dan damai.

Pada tahun 2017, mereka belajar tentang BE, Maqnifiq dan Aulora Pants melalui upline mereka, RCCA Donny.

Dari Kemiskinan Kepada Kekayaan Semula

"Kami mengenali Donny selama lebih sedekad dan mempercayainya sebagai kawan. Kami melabur dalam Maqnifiq dan Aulora Pants untuk kegunaan kami sendiri, dan seperti yang mereka katakan, selebihnya adalah sejarah."

Pengalaman peribadi mereka dengan keberkesanan produk mendorong mereka untuk berkongsi produk BE dengan pelanggan mereka. Mereka juga memanfaatkan media sosial dan pemesejan segera untuk menjangkau khalayak yang lebih besar.

"Saya tidak pernah mengalami pertumbuhan eksponen sedemikian dalam mana-mana percubaan perniagaan saya sebelum ini. Dalam masa setahun, rangkaian kami berkembang ke Taiwan, Australia, Filipina dan juga Kanada! Terima kasih kepada perniagaan kami yang semakin berkembang, akhirnya kami mampu membeli rumah idaman kami, sebuah semi-D yang bernilai RM1.5 juta pada Ogos 2020. Apabila saya membawa ibu saya pulang ke kampung halaman dengan Mercedes E200 baharu kami, saya dapat merasakan kebanggaannya kerana anaknya kini seorang lelaki yang berjaya."

Penyesalan terbesar Ricky ialah bapanya meninggal dunia pada 2017, ketika beliau dan Fion memulakan kerjaya BE mereka.

"Perniagaan BE kami mula berkembang maju. Malangnya, ayah saya tidak berada di sini untuk menikmati hasil kejayaan kami. Sementara masih ada masa, rebutlah peluang ini. Berusaha sekuat mungkin supaya anda boleh meraikan kejayaan anda bersama keluarga semasa mereka masih ada. Jangan tinggalkan penyesalan."