BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Rose Faizah Binti Idris /Syful Darwis Bin Ramli

RCCA Rose Faizah Binti Idris /Syful Darwis Bin Ramli

Mencurahkan Usaha yang Betul di Platform yang Betul = Kejayaan

RCCA Rose Faizah Binti Idris (Bekas Pembantu Juruukur Bahan)

Syful Darwis Bin Ramli (Bekas Atlet Negara & Pengurus Acara)

RCCA Rose dan Syful bersikap mesra, peramah dan mudah disenangi oleh sesiapa sahaja. Tidak berpura-pura, ikhlas dan kelakar, pasangan ini telah menggabungkan kualiti semula jadi mereka dengan semangat dan keghairahan untuk melonjakkan kerjaya MLM mereka selama 12 tahun.

Berkongsi, bukan menjual

Sebelum mengusahakan MLM, Rose ialah seorang penjawat awam di Jabatan Kerja Raya tetapi beliau tidak berpuas hati dengan kehidupannya yang biasa-biasa saja sebagai penjana gaji purata. "Sebenarnya kehidupan tidak begitu buruk tetapi kami berasa bosan senantiasa perlu berhati-hati merancang dan berjimat untuk segala-galanya," kata Syful.

Pada tahun 2009, pasangan ini mula melakukan perniagaan MLM secara serious dan sepenuh masa apabila mereka faham dan rasa perlu berubah demi mencapai impian mereka.

Walaupun orang baharu bidang MLM, Rose mendapati bahawa dengan mentaliti yang betul, MLM adalah untuk sesiapa sahaja dan semua orang. "Orang ramai cenderung menolak idea kerjaya MLM disebabkan satu ketakutan - menjual produk. Tidak, suatu perniagaan MLM yang baik adalah mengenai perkongsian. Ia seperti menonton sebuah filem yang baik dan mengesyorkannya kepada keluarga dan rakan-rakan anda," beliau berkata.

Produk Yang Baik Mesti Dikongsi

Ketika mereka menyertai BE sebagai perintis 2 tahun yang lalu, mereka sebenarnya telahpun menubuhkan kerjaya mereka di syarikat sebelum ini. Jadi, mengapa mereka memilih dan komited kepada BE?

"Kami mempercayai pengasas BE dengan sepenuh hati. Mereka telah berada di dalam industri MLM selama beberapa dekad dan sangat berpengalaman dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Mereka lebih seperti tuan, guru dan upline kami dan kami mempelajari banyak perkara daripada mereka," jelas Rose.

Syful menambah, "Salah satu kunci untuk berjaya dalam apa jua kerjaya atau perniagaan yang anda ceburi adalah dengan mengikuti contoh orang yang berjaya."

Satu lagi sebab mereka menyertai BE adalah disebabkan produknya yang menakjubkan, terutamanya seluar Aulora. "Seluar ini merupakan penyelamat saya," kata Rose. "Pada tahun 2016, saya menghidap sakit belakang yang kronik akibat tulang rawan tergelincir. Fisioterapi inframerah jauh memberikan kelegaan sementara, tetapi seluar Aulora 'menyelamatkan' saya."

Dengan produk yang hebat dan pelan perniagaan yang baik, Rose berasa perlu untuk berkongsi dengan rakan-rakannya. "Saya akan rasa bersalah jika saya tidak memberitahu mereka," katanya.

Satu akaun, satu dunia

Melalui E-platform di BE International, Rose dan Syful merasa melakukan perniagaan MLM menjadi lebih mudah dan simple.

Mereka mempunyai lebih masa untuk anak-anak malah perniagaan mereka kian berkembang. Kehidupan juga menjadi lebih bermakna. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat membimbing rangkaian mereka. Kerana mereka pasti ramai di luar sana perlukan peluang keemasan ini. "Kami berasa sangat bahagia kerana dapat berjuang bersama-sama keluarga besar BE. BE bukan sahaja sebuah syarikat tetapi BE adalah 'rumah' kami dan seluruh warga BE International."

Pasangan RCCA ini percaya bahawa perniagaan BE mempunyai potensi besar. "Dalam masa 2 tahun, BE telah menghasilkan lebih 30 orang RCCA atau jutawan. Secara purata, seorang jutawan dalam sebulan!"

Rose menyimpul, "Kami amat yakin bahawa dengan 'mencurahkan usaha yang betul dalam peluang dan platform yang tepat, akhirnya pasti akan membuahkan hasil'. BE semestinya platform yang betul."