BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Siti Suzilah Faharuddin

RCCA Siti Suzilah Faharuddin

Petikan: "Kejayaan Memerlukan Tindakan Yang Berterusan"

Profil:

Nama: RCCA Siti Suzilah Faharuddin & Roselee Shah Shaharudin

Peranan: Bekas Pengurus / Suri Rumah & Pegawai Sektor Kewangan

Pengenalan: Berkongsi produk dan pelan pemasaran BE International dari semasa ke semasa, telah membuatkan RCCA Siti Suzilah Faharuddin, yang lebih mesra dikenali sebagai 'Kak Gee', bersama suaminya, Roselee Shah Shaharudin, menjadi semakin yakin dengan adanya peluang yang besar untuk memajukan diri serta membantu mereka yang mendambakan perubahan dalam hidup. Dalam setiap perkara yang diceburi, cabaran terbesar ialah keupayaan diri untuk bertindak secara konsisten dan berterusan. Kongsi mereka lagi, ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh semua orang; kerana ia perlu disusuli dengan semangat dan tindakan yang berterusan.

New Direction of Life Berkelulusan Bachelor of Regional and Town Planning dari University of Queensland, Australia dan MBA dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Kak Gee pernah berkhidmat dalam sektor korporat, institusi antarabangsa dan badan berkanun selama hampir 20 tahun. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai seorang pengurus sebelum menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2015. Manakala suaminya pula merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan berpengalaman luas dalam sektor perbankan, akademia dan kini berkhidmat di dalam industri kewangan.

Setelah mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pekerjaan, Kak Gee memilih untuk menjadi seorang suri rumah dan menumpukan seluruh perhatiannya kepada keluarga. Namun, segala-galanya berubah selepas beliau diperkenalkan kepada AULORA Pants with KODENSHI® oleh seorang kenalan lama. Pemakaian AULORA Pants secara konsisten telah terbukti banyak membantu masalah slipped disc yang telah dialaminya sejak tahun 2013.

Bantuan daripada uplines serta pendedahan yang diperoleh daripada BE International ternyata telah mengubah pemikiran dan kehidupan mereka sekeluarga. Beliau semakin yakin bahawa BE merupakan platform terbaik untuk merealisasikan impian mereka dalam memberikan peluang pendidikan yang terbaik bagi anak-anak mereka.

Cabaran Sebenar Adalah Diri Kita Sendiri Kini, setelah 5 tahun berkecimpung di BE International, pencapaian menjadi salah seorang RCCA merupakan kejayaan yang amat bermakna kepada beliau. Bukan perjuangan namanya kalau ia tidak datang dengan pelbagai cabaran.

Bagi mereka, antara perkara penting yang perlu dikenal pasti ialah cabaran yang dapat menjejaskan usaha seseorang. "Penghalang utama sebenarnya adalah diri kita sendiri; dan adalah sangat penting untuk ZERORISE dan mengubah mindset!" ujarnya. Tambahnya lagi, "Proses 'Zerorise' bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dengan sekelip mata atau sehari dua. Mengubah mindset untuk menjadi rajin dan pada masa yang sama menjadi penyabar adalah penting. Sesiapa yang hendak berjaya di BE harus segera mengambil peluang, bertindak dan berubah. Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita sendiri, bukan orang lain."

"Itulah sebabnya, apabila kita ingin mendapatkan peluang yang memberikan hasil lumayan di BE, apa yang perlu dilakukan adalah ikut nasihat upline, hadir ke kelas, menimba ilmu dan hadiri setiap sesi perkongsian. Jangan malas, dan sentiasa bersabar serta berfikiran positif. Ini semua pada dasarnya mungkin tidak mudah tetapi tidak mustahil untuk dilakukan jika kita betul-betul sudah jelas mengapa kita hendak mencapai apa yang diinginkan," ujar mereka.

BE Bukan Hanya Tentang Keuntungan Perniagaan Sistem BE telah terbukti dapat membentuk diri dan minda ramai ahlinya untuk berjaya, dan Pendidikan Sistem BE ini bersifat menyeluruh, tidak hanya tertumpu pada aspek pemasaran atau perniagaan semata-mata.

Antara pesanan yang sering diingatkan oleh Pengasas BE, Ir. Lee Suet Sen dan Puan Ho Huey Chuin kepada mereka adalah tentang prinsip 'BE built you to build others' yang sangat tersemat di hati beliau. "Membantu lebih ramai orang di luar sana untuk mengecapi apa yang telah kita kecapi. Pastikan yang orang lain juga boleh berjaya macam kita," tambahnya.

"Sekarang tiba masanya untuk menyumbang kembali kepada Sistem BE yang telah banyak membantu kejayaan yang kami capai pada hari ini, dan sekarang juga adalah masa untuk mengubah kehidupan orang lain, sebagaimana BE telah merubah kehidupan kami," ulasnya.

Nasihat & Seruan Bertindak: "Meskipun kami sudah berjaya, namun masih ada keinginan untuk menjadi lebih baik lagi. Perasaan ini sentiasa ada dalam diri, supaya dapat memotivasikan diri kita untuk terus upgrade diri sendiri. Selain daripada ramai lagi di luar sana yang perlu dibantu."

Siapa sangka, keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang dibina selama hampir 20 tahun telah membuka laluan kepada rezeki yang lebih luas dan lebih bermakna di BE International.