BE GPT • Additional Knowledge

RCCA Suffian Ali & RCCA Nur Yiizzaty Islam

RCCA Suffian Ali & RCCA Nur Yiizzaty Islam

Tajuk: Kesihatan itu ibarat wang. Kita jarang menyedari nilainya sehingga ia hilang

Pemimpin: RCCA Suffian Ali & RCCA Nur Yiizzaty Islam

Latar Belakang: Bekas Pengurus Operasi Hotel & Guru

Kandungan

RCCA Suffian Ali dan RCCA Nur Yiizzaty Islam menjalani kehidupan yang pada zahirnya tampak sempurna, stabil, teratur, dan menjadi impian ramai. Segalanya seolah-olah berjalan mengikut perancangan, Suffian membina kerjaya dalam industri hospitaliti hingga menyandang jawatan pengurus operasi, satu peranan yang menuntut ketelitian tinggi, ketahanan mental, dan komitmen berterusan. Hari-harinya dipenuhi jadual yang padat serta tanggungjawab yang seakan tiada penghujung, sehingga ruang untuk diri sendiri semakin terbatas. Di sebalik pencapaian itu, tersembunyi realiti yang tidak kelihatan. Tekanan berpanjangan, ditambah pula dengan cabaran kesihatan seperti vertigo, mula menjejaskan fizikal dan emosi. Segala bebanan dipikul dalam diam. Di sisi lain, Nur Yiizzaty meniti laluan sebagai seorang guru yang berdedikasi, mendidik anak bangsa dengan penuh kecekalan. Bersama, mereka mencerminkan sebuah kehidupan yang dilihat sebagai 'cukup', dengan pendapatan stabil, kerjaya yang hebat, dan masa depan yang terjamin. Namun, di sebalik kestabilan serta kesibukan memenuhi tanggungjawab, tanpa sedar mereka mengorbankan sesuatu yang lebih berharga: masa, fleksibiliti, dan kebebasan menentukan arah hidup sendiri.

Kesedaran yang Membawa Perubahan

Seiring waktu berlalu, Suffian dan Nur Yiizzaty mula melihat semula perjalanan hidup mereka dari sudut yang lebih mendalam. Bukan kerana rasa tidak puas hati, tetapi rasa satu kesedaran bahawa setiap laluan mempunyai cabaran tersendiri. Tahun 2023 menjadi satu titik yang tidak dijangka. Ketika berdepan dengan masalah kesihatan yang mencabar, Suffian secara tidak sengaja menemukan produk AULORA melalui TikTok. Niatnya sederhana, hanya ingin kembali sihat. Namun, ikhtiar untuk penyembuhan penyakit berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar. Apabila kesihatannya beransur pulih, lahir satu tekad dalam dirinya. "Jika peluang ini mampu mengembalikan nikmat kesihatan, saya mahu orang lain turut merasainya" ujar beliau. Dari janji yang lahir itulah, bermulanya satu perjalanan yang membawa makna lebih besar.

Pengenalan pertamanya kepada BE, khususnya ketika Mega BOS, menjadi detik penting yang mengubah hidupnya. Buat pertama kali, beliau merasai lebih daripada sekadar sebuah platform perniagaan, tetapi sebuah rasa kebersamaan. Bukan ganjaran yang menyentuh hatinya, tetapi insan-insan di sekelilingnya. Tenaga positif, keikhlasan, dan penghargaan yang tulus membuatkan beliau berasa dihargai dan diterima. Kata beliau:

"Jika Allah beri saya satu peluang, saya akan beri orang lain seribu peluang." — Suffian

Baginya, perkongsian ilmu dan peluang adalah satu bentuk sedekah jariah. Setiap kehidupan yang disentuh, setiap kegembiraan yang dikongsi bersama orang lain menghadirkan rasa kepuasan yang lebih mendalam dalam dirinya.

Keberanian Meneroka Jalan Baharu

Perjalanan mereka berubah apabila diperkenalkan dengan perspektif baharu yang mencabar kepercayaan lama tentang makna kejayaan. Keputusan untuk beralih haluan bukan sesuatu yang mudah. Sebelum memberi komitmen penuh kepada BE, Suffian mendapatkan restu isteri, ibu bapa, dan anak-anak. Kebimbangan tetap ada terutama daripada anak-anak yang mempersoalkan kestabilan apabila beliau meninggalkan kerjayanya. Namun, beliau menetapkan satu janji:

"Beri saya satu tahun. Jika tidak berjaya, saya akan berhenti." — Suffian

Tempoh setahun itu menjadi medan pembuktian. Beliau mencabar diri, berani menghadapi ketidaktentuan serta memberikan sepenuh usaha. Akhirnya, keputusan itu bukan sahaja membuahkan hasil, malah menghadiahkan sesuatu yang lebih bermakna: kebebasan menentukan arah hidupnya sendiri.

Namun, perjalanan itu menuntut ketahanan yang luar biasa. Membangunkan rangkaian terutama di Sarawak bukan sesuatu yang mudah. Beliau menempuh perjalanan yang jauh, sukar serta memenatkan fizikal. Kongsinya, "Ada masa saya terpaksa tidur di tepi jalan." Selain cabaran itu, beliau berdepan dengan rangkaian yang mempunyai kesukaran menguasai kemahiran asas. Namun, kebimbangan utamanya bukan pada kekurangan itu. "Saya lebih takut mereka berputus asa, sebab itu saya kekal bersama mereka, membimbing dan terus percaya pada potensi mereka," tambahnya. Prinsip hidupnya sederhana: "Saya tidak mengejar gelaran kerana ia akan datang dengan sendirinya." Tanpa disedari, saat itu telah tiba sehingga beliau sendiri tidak menyangka apabila berjaya merangkul gelaran RCCA.

Membina Kehidupan Berteraskan Tujuan dan Pertumbuhan

Seiring perjalanan, Suffian dan Nur Yiizzaty mula mentakrifkan semula makna kejayaan. Apa yang mereka bina kini tidak lagi sekadar menukar masa dengan pendapatan, tetapi sesuatu yang mampu berkembang melangkaui usaha seseorang. Dengan bimbingan pendidikan sistem BE yang kukuh serta persekitaran yang saling menyokong, setiap langkah yang diambil mula membina momentum yang semakin kukuh.

Pertumbuhan ini mengubah cara Suffian melihat masa depan. Fokusnya tidak lagi pada kejayaan peribadi, tetapi pada pembinaan legasi yang memberi manfaat kepada anak-anaknya. Sebagai bapa kepada empat orang anak, beliau sentiasa menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran dan suatu hari nanti kembali berkembang bersama BE International. Pesannya:

"Pergilah ke mana sahaja yang kamu impikan, capailah apa sahaja dalam kerjaya, tetapi jangan lupa untuk kembali kepada BE." — Suffian

Kerana walaupun hasilnya tidak kelihatan pada awalnya, setiap manisnya kejayaan bermula daripada langkah pertama.

Masa Depan yang Dicipta Melalui Pilihan dan Impak

Hari ini, RCCA Suffian dan RCCA Nur Yiizzaty menjalani kehidupan yang mencerminkan keberanian yang mereka pilih. Tidak lagi terikat dengan jadual padat, mereka kini menikmati hidup yang lebih fleksibel, bermakna, dan memberi ruang kepada perkara yang benar-benar penting. Kisah kejayaan mereka menjadi peringatan bahawa perubahan tidak semestinya lahir daripada kesukaran. Ada kalanya, ia bermula daripada kesedaran, keberanian untuk melihat potensi yang lebih besar di sebalik kestabilan, dan kesanggupan untuk melangkah ke hadapan serta merealisasikannya.