RCCA SURIYANI / NORZEHAN
Keputusan Hari Ini Menentukan Cara Hidup Anda Esok
RCCA SURIYANI / NORZEHAN
Bukan mudah untuk menemu bual RCCA Suriyani & Norzehan kerana jadual mereka sangat padat. Tetapi, bukankah perniagaan MLM memberikan kebebasan masa dan penyebab ramai orang menyertainya?
"Kebebasan masa bermakna boleh membuat pilihan. Perniagaan BE memang memberi kami kebebasan masa dan kami pilih untuk melakukan perkara-perkara yang ingin kami lakukan, bukan perkara yang terpaksa kami lakukan seperti sebelum kami mempunyai kebebasan masa," jelas Suriyani.
"Kami pilih untuk menggunakan masa lapang kami untuk memenuhi komitmen kami – kepada downline kami, kepada rangkaian kami yang merentasi pelbagai wilayah dan negara."
"Akhirnya, sekarang kami mempunyai masa untuk melakukan lebih banyak perkara, terlibat dengan kerja-kerja amal, termasuk membantu lebih ramai orang mencapai status kewangan dan kehidupan yang lebih baik!"
Sampuk Norzehan: "Kami percaya dengan membantu kehidupan orang lain, hidup kami akan lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah."
16 Tahun Lepas: Berani Berubah
Mari kita mengimbau 16 tahun ke belakang.
Pada masa itu, Norzehan merupakan penolong jurutera di sebuah syarikat pengendali pengangkutan awam berbilang mod yang terkemuka di Singapura. Sementara Suriyani pula adalah ejen hartanah dan insurans yang berjaya, dengan komisen 5 angka.
"Ya, hidup kami selesa, hebat sebenarnya. Tetapi kami terikat dengan kerjaya kami. Selain itu, pekerjaan Suriyani adalah berdasarkan usaha individu, jika tidak ada jualan, tidak ada pendapatan. Saya pula bekerja mengikut syif selama 20 tahun, dan kebebasan masa betul-betul berharga," kata Norzehan.
Keinginan untuk mempunyai kebebasan masa, pendapatan yang stabil dan pasif, dan juga kewangan yang mantap untuk memenuhi gaya hidup mereka, terutamanya bercuti ke luar negara tanpa mengeluarkan duit sendiri, pasangan itu mengambil keputusan untuk menyertai industri MLM.
16 Tahun Kemudian: Terus Berkembang
Selepas 16 tahun dalam industri MLM, pasangan ini lebih yakin bahawa kejayaan pasti dapat dicapai, dengan syarat anda mempunyai platform yang betul dan sistem yang telus.
"MLM adalah perniagaan abad ke-21. Sudah tentu, perjalanan dalam industri MLM ada pasang surutnya. Kadang kala orang akan menilai tindakan dan keputusan anda. Kritikan, komen negatif, keraguan – itu perkara biasa. Tetapi teruskan saja. Abaikan apa orang kata. Yakin pada keputusan anda kerana pada akhirnya, inilah yang anda inginkan, bukan apa yang orang inginkan. Andalah yang akan menuai apa yang anda tanam, bukannya mereka," tegas Norzehan.
"Keputusan yang anda ambil hari ini akan menentukan cara hidup anda esok."
Suriyani mencelah, "Bisnes BE adalah berkenaan membina orang untuk mencapai kebebasan dan gaya hidup yang sihat, yang tidak dimiliki oleh orang biasa. BE menakjubkan kerana kami dapat membantu orang ramai dan menyaksikan bagaimana mereka mengubah kehidupan mereka, meningkatkan pendapatan mereka dan menempuh kehidupan yang lebih bermakna. Kerjaya yang hebat memberi kebanggaan – tetapi BE memberi kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Rasa bahagia kerana dapat membantu orang lain."
BE Adalah Cara Hidup
Sejak dua tahun lalu, keyakinan mereka berteraskan "Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Yang Abadi".
"Kami pilih BE kerana kami berkongsi visi dan misi mereka. Kami percaya BE adalah cara hidup, bukan hanya sekadar kerjaya atau perniagaan," akhiri pasangan hebat itu.