RCCA TY Low
Petikan: "Sebarang kereta tempatan boleh dipandu. Tetapi setelah anda memandu Mercedes, anda akan mengetahui perbezaannya."
Nama & Gelaran: RCCA Low Thien Yien (Bekas Peguam)
Pengenalan: TY tertawa ketika teringat bagaimana beliau memulakan perjalanan BE. "Saya bergelut lama kerana saya langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual Aulora Pants. Ia kelihatan seperti seluar leging hitam biasa yang boleh anda dapatkan di pasar malam. Tetapi harganya jelas bukan harga pasar malam!"
Namun, hari ini, TY ialah RCCA yang paling pantas dipromosikan dan satu-satunya RCCA yang berjaya mencapai Top 1 Ambassador Producer berturut-turut untuk kitaran pertama, kitaran ke-2 dan kitaran ke-3, "dan, saya rasa kitaran ke-4 juga milikan kumpulan saya," katanya.
Kesengsaraan Zahir: Kerjaya dalam industri MLM tidak pernah wujud di dalam senarai pilihan kerjaya TY. "Disebabkan rancangan TV yang saya tonton semasa muda, saya ingin menjadi seorang peguam yang kaya dan terkenal."
Oleh itu, setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Wales, Aberystwyth, TY kembali ke Malaysia lalu menyertai salah sebuah firma guaman terulung. "Saya bekerja keras dan bekerja lebih masa ialah suatu kebiasaan harian. Komputer saya ialah teman setia saya dan saya tidak mempunyai sebarang kehidupan sosial langsung."
TY mempunyai masa depan yang amat cerah tetapi kenyataan membawanya ke jalan yang berbeza. Setelah melaburkan 5 tahun kehidupannya di firma guaman, beliau kehilangan keseimbangan dalam kehidupan-kerja, tidak mempunyai kehidupan sosial dan menderitai kesihatan yang buruk disebabkan tekanan. "Saya teramat ingin untuk mempunyai kawan, untuk berkomunikasi dengan orang. Kenyataannya, bekerja di sebuah firma guaman jauh berbeza daripada kehidupan glamour yang digambarkan di TV," rintihnya.
Ramai yang mengatakan bahawa wang tidak mampu membelikan kebahagiaan, tetapi tanpa wang, TY terpaksa meneruskan kehidupannya yang sibuk dan sengsara di firma guaman. Jadi, apakah alternatifnya? "Saya berfikir bahawa jika BE dapat memberikan saya kehidupan yang seimbang jika saya melaburkan kerja keras selama 3 tahun, maka tak syak lagi saya akan bekerja keras di BE," kata TY.
Kebahagiaan akhirnya: Untuk melonjakkan kejayaannya, TY menghadiri banyak acara motivasi BE dan belajar daripada orang-orang yang berjaya. Secara beransur-ansur, beliau menjadi semakin yakin. "Sebelum ini, saya dengki dengan ahli perniagaan yang berjaya tetapi sekarang, saya dapat berhadapan dengan mereka, dan dengan berani bertanya kepada mereka, 'apa kata anda menyertai saya di BE?'," katanya.
TY bekerja keras untuk membina perniagaan BEnya, sama seperti yang dilakukannya di firma guaman, dan menyaksikan hasilnya 10 kali lebih banyak! Ini memberi inspirasi kepadanya untuk bermimpi lebih besar. "Sekarang, matlamat saya adalah untuk mencapai kelimpahan kewangan. Satu-satunya cara yang boleh merealisasikan matlamat ini adalah dengan memastikan downline saya juga mencapai kemewahan kewangan. Inilah keindahan BE. Saya harus menolong orang lain jika saya ingin berjaya."
"Sekiranya anda menganggap kereta buatan-tempatan anda cukup baik, tunggulah sehingga anda mencuba Mercedes. Saya tidak terlalu mementingkan kereta. Saya suka akan kereta Myvi saya kerana mudah meletakkan kereta dan penyelenggaraannya rendah. Tetapi setelah memandu Mercedes, saya mengetahui perbezaan ketaranya. Sesungguhnya adalah sikap mulia senang berpuas hati, tetapi adalah lebih baik lagi untuk bermimpi besar," ulas TY, yang kini mempunyai ramai kawan, badan yang sihat dan kerjaya yang memuaskan di BE.